100 ahli PPBM Klang keluar parti - pakdin.my

Agaknya parti cap Bunga ditubuhkan untuk menambah keahlian UMNO.

Cari ahli kemudian keluar sertai UMNO. ? ? ?

********
KLANG: Kira-kira 100 ahli PPBM Klang termasuk daripada sayap Pemudanya bertindak keluar parti dan menyertai Umno selepas mendakwa hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti dan Pakatan Harapan (PH).

Kumpulan itu yang diwakili Pembantu Wakil Pendaftaran Keahlian PPBM Klang Mohd Hazwan Zulkifly menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ketua Umno Klang Datuk Nasarruddin M. Zin di Bangunan Umno Klang, di Pelabuhan Klang hari ini.

Mengulas tindakan mereka kepada pemberita kemudian, Mohd Hazwan mendakwa mereka, termasuk beberapa individu yang memegang jawatan Exco Pemuda, muak dengan permainan politik pemimpin BERSATU yang mementingkan diri dan kroni.

“Kami yang keluar PPBM ini merupakan penggerak parti yang bertanggungjawab dalam menjalankan kerja-kerja parti, dengan ini PPBM Klang telah lumpuh,” dakwanya.

Menurutnya kegagalan kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR menangani isu-isu rakyat seperti air, sampah dan rumah mampu milik turut membuktikan pakatan pembangkang belum bersedia memimpin kerajaan persekutuan.

Sementara itu, Nasarruddin berkata Umno Klang sentiasa membuka pintu dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu berkhidmat untuk rakyat dengan menyertai Umno.

UTAMAPOLITIK100 ahli PPBM Klang keluar parti

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium