11 Ahli Tegar PKR Hulu Bernam Bersama Pengikut Mereka Keluar Parti Menyokong Calon Barisan Nasional. - pakdin.my

Sebanyak 50 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Bernam selepas hilang kepercayaan dan kecewa dengan calon dari parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Calon BN bagi kerusi DUN Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar berkata, kesemua ahli PKR itu kecewa apabila calon yang mewakili pakatan pembangkang pada PRU-13 bukan dari kalangan anak tempatan dan dari parti Pas.

“Mereka menyatakan telah membuat keputusan untuk menyokong BN selepas hari penamaan calon dan hari ini mereka berjumpa dengan saya dan menyatakan sokongan kepada kita,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kesemua ahli PKR itu adalah dari dua pusat daerah mengundi (PDM) Ladang Escot dan Kampung Hulu Bernam.

Perkembangan itu, katanya, merupakan sesuatu yang positif buat BN dan merupakan kemenangan moral dalam usaha mengekalkan kemenangan BN di kerusi itu dengan majoriti 3,459 undi pada PRU-12.

Sent from my Nokia 3310 🙂

UTAMAPILIHAN RAYA11 Ahli Tegar PKR Hulu Bernam Bersama Pengikut Mereka Keluar Parti Menyokong...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium