14 Rumah Urut, Pusat Hiburan Di 3 Daerah Selangor Diserbu (video)

14 Rumah Urut, Pusat Hiburan Di 3 Daerah Selangor Diserbu

Di Selangor, 14 buah rumah urut dan sebuah pusat hiburan di 3 daerah di negeri Selangor malam tadi diserbu.

Dalam operasi Ops Cantas Khas yang dijalankan secara bersepadu antara Jabatan Siasatan Jenayah dan Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor.

Sasaran serbuan, sindiket pelacuran dan wanita warga asing yang bekerja sebagai pekerja seks.

Sebuah pusat hiburan telah 6 kali di serbu atas kesalahan yang sama, di Sunway mentari sekali lagi diserbu.

Selain beroperasi tanpa lesen, ia turut menggaji wanita warga asing sebagai pelayan pelanggan.

Hasil serbuan ini 27 GRO warga Thailand, China, Indonesia, Vietnam dan Filiphina di tahan.

60 pengunjung turut di periksa bagi tujuan dokumentasi dan saringan ujian air kencing.

Manakala dalam serbuan di rumah urut 50 orang di tahan atas pelbagai kesalahan.

 

Leave a Reply