1407 unit Galaxy Note 2 dicuri di KLIA - pakdin.my

Lebih 1,407 telefon pintar terbaru Samsung iaitu Galaxy Note II dilaporkan hilang dari simpanan syarikat tersebut.

Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd yang mengesahkannya berkata mereka kini bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat kes ini.

Kehilangan tersebut dikatakan disedari setelah proses inventori dijalankan sebelum stok tersebut dihantar kepada syarikat telekomunikas.

Sebarang maklumat terperinci mengenai kejadian ini masih tidak diketahui, tetapi pengedar gajet tersebut, Samsung Malaysia Electronics (SME) telahpun mengeluarkan senarai IMEI unit yang dicuri tersebut. Pihak SME juga mengatakan, semua unit yang dicuri adalah versi berwarna putih (Marble White) dan unit-unit yang dicuri ini dijangka akan membanjiri pasaran dengan harga yang murah.

Pihak SME juga memberi amaran kepada pengguna untuk tidak membeli unit-unit yang dicuri ini dan unit dengan IMEI yang terlibat tidak akan diiktiraf untuk waranti.

Senarai IMEI yang terlibat boleh diakses melalui laman Google Docs di sini; Stolen Note 2 IMEI .

UTAMABERITA1407 unit Galaxy Note 2 dicuri di KLIA

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium