15 mayat mangsa nahas pesawat Sukhoi dikenal pasti - pakdin.my

JAKARTA – Polis Indonesia hari ini telah mengenal pasti 15 mayat mangsa nahas pesawat Sukhoi Superjet 100 yang terhempas di Gunung Salak, Bogor, pada 9 Mei lepas.

Mereka merupakan 13 warga Indonesia dan dua warga asing, yang terdiri daripada 10 lelaki dan bakinya wanita. Polis, bagaimanapun tidak mengumumkan nama-nama mangsa itu.

Ketua Unit Forensik Polis Indonesia Brig Jen Pol Agus Prayitno dalam sidang media yang disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen, berkata kesemua mayat itu dikenal pasti berdasarkan cap jari, rekod gigi, ujian DNA dan barang-barang milik mereka.

Beliau berkata mayat mangsa tidak dapat diserahkan kepada waris masing-masing kerana masih ada bahagian anggota badan mereka yang belum ditemui.

Sehingga kini, polis telah menerima lebih 30 beg jenazah yang berisi potongan bahagian badan mayat penumpang pesawat itu serta beberapa barang milik mereka yang dikeluarkan dari tempat kejadian.

Pesawat itu yang sedang mengadakan penerbangan demonstrasi kedua pada 9 Mei lepas dengan membawa 45 penumpang terputus hubungan dengan menara kawalan udara dan ditemui terhempas di Gunung Salak pada keesokan harinya.

UTAMABERITA15 mayat mangsa nahas pesawat Sukhoi dikenal pasti

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium