18 SG – Kalau Dah Mati Tu Mati Je Lah Jangan Salahkan POLIS Pulak – PAPAGOMO

Memang jahat kan bila FRU Sembur dengan Gas Pemedih Mata, Memang tak Berhati Perut kan? Gomo pun rasa kasihan dengan mangsa yang meninggal dunia ni. Tapi nak buat macam mana dia dah pun Mati meninggalkan kita semua.

Video di atas ini menjelaskan kenapa FRU Sembur GAS Pemedih Mata dan menyebabkan ada yang Mati sesak Nafas. Jika tidak ada provokasi dari pihak pendemo semalam tidak akan ada yang di sembur dengan Gas Pemedih Mata.

Pihak Polis terutamanya FRU menjalankan tanggungjawap mereka dalam menguatkuasakan Undang Undang dan menjaga keselamatan Awam. Walaupun dalam masa mereka menjaga kita nyawa mereka di dalam bahaya.

Pihak Polis tak tahu pun pakcik tu Sakit, lain lah kat Baju dia pakai tu Tulis “SAYA SAKIT”

Maaf lah Gomo cakap, memang Gomo takde belas kasihan pada pakcik yang Mati ni.Semalam ada lagi Ehsan belas kasihan tetapi bila Abang Pakcik ni keluarkan kenyataan “Salahkan Pihak Polis atas kematian Allahyarham Baharudin Ahmad” memang sudah agak melampau.

“Abang kepada Baharuddin Ahmad, seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang meninggal dunia semalam, mempersalahkan kematian mangsa adalah akibat sikap “kejam” pihak polis.

Kassim Ahmad, 72, memberitahu The Malaysian Insider bahawa Baharuddin mati kerana polis tidak memberikannya bantuan perubatan dengan segera sebaik sahaja Allahyarham pengsan akibat terkena air berasid dan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pasukan keselamatan.

“(Mereka) ada meminta polis agar membantu menghantar dia ke hospital tetapi mereka enggan. Jadi mereka menunggu satu setengah jam sebelum sebuah van datang,” katanya.

“Ramai yang cuba menyelamatkan dia… jika dia diberikan bantuan oksigen, dia kemungkinan masih hidup hari ini,” kata Kassim”

Baca selanjutnya di blog PAPAGOMO tentang penipuan blogger Pakatan Pembangkang. Klik DISINI

Leave a Reply