1MDB: Bandar Malaysia tarik minat pelabur - pakdin.my

mulia-group-trx

Penasihat transaksi bagi permintaan Bandar Malaysia, CH Williams Talhar and Wong (WTW), telah mendapat maklum balas dan minat yang kukuh daripada syarikat tempatan dan global untuk mengambil bahagian dalam projek mega ini.

WTW berkata, sebanyak 40 syarikat termasuk beberapa konsortium yang dihubungi sehingga 10 Julai lalu, telah menyatakan minat mereka (EOI) terhadap projek berkenaan.

Jelasnya, antara pelabur yang berminat adalah syarikat milik kerajaan (GLC), pemaju utama tempatan, jenama hartanah bertaraf dunia dan perbadanan asing.

Katanya, selain Malaysia pelabur asing yang turut berminat untuk projek ini termasuklah dari Singapura, China, Jepun, Korea dan Australia.

“Sebagai pemaju induk projek Bandar Malaysia, 1MDB Real Estate Sdn. Bhd. (1MDB RE) mengumumkan pada bulan lalu bahawa syarikat berkenaan sedang mencari rakan kongsi pembangunan untuk menyertainya dalam membangunkan projek seluas 196.677 hektar di Sungai Besi.

“IMDB RE turut mencari rakan kongsi pembangunan yang boleh menyumbang kepada projek yang akan dibangunkan dan membawa jenama yang kukuh, kepakaran, rekod prestasi yang kukuh serta keupayaan mendapatkan pembiayaan yang diperlukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, berikutan EOI yang dijalankan, WTW turut bertanggungjawab untuk menyenarai pendek dan memberi cadangan pemaju yang berpotensi kepada 1MDB RE dan pelabur yang disenarai pendek akan menerima Memorandum Pelaburan mengandungi pelan induk dan visi pembangunan Bandar Malaysia yang dicadangkan secara terperinci.

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB: Bandar Malaysia tarik minat pelabur

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium