1MDB: Bertindak Segera Atas Pengakuan Eksklusif Justo – Abdul Rahman - pakdin.my

1mdb-lester-melanyi-soal-siasat

Pihak berkuasa mesti mengambil tindakan segera terhadap semua individu yang terlibat dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berikutan pendedahan Xavier Andre Justo dalam laporan yang disiarkan hari ini oleh portal berita Straits Times Singapura, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Abdul Rahman yang juga Pengarah Komunikasi dan Strategi Barisan Nasional berkata maklumat yang didedahkan oleh warga Switzerland itu dalam temu bual eksklusif dengan akhbar berkenaan telah membuka jalan untuk menyelesaikan isu itu.

“Banyak persoalan akhirnya terjawab dalam temu bual eksklusif Straits Times dengan Justo. Sekarang pihak berkuasa mesti mengambil tindakan segera!,” katanya dalam akaun Twitternya, @mpkotabelud hari ini.

Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata laporan itu juga dapat menjawab persoalan mengenai kesahihan data yang dicuri Justo dan kemudian diguna oleh Wall Street Journal, akhbar kewangan harian The Edge dan portal Sarawak Report untuk menyerang kerajaan.

“Saya mengajukan banyak persoalan tentang peranan The Edge, (pengarang Sarawak Report) Claire Brown, dan individu kaya dalam cubaan untuk menjatuhkan kerajaan. Sekarang kita tahu kenapa ramai orang tidak boleh duduk senyap,” katanya.

Awal hari ini, Straits Times menyiarkan wawancara eksklusif dengan Justo yang mendakwa beliau dijanjikan US$2 juta (RM7.6 juta) untuk maklumat yang didakwa dicuri daripada bekas majikannya, PetroSaudi.

Justo juga memberitahu Straits Times dalam temu bual yang dijalankan dalam penjara di Thailand, beliau tidak pernah dibayar seperti yang dijanjikan oleh ahli perniagaan terkemuka Malaysia itu.

Menurut laporan Straits Times itu, Justo mendakwa perjanjian dicapai di Singapura pada Februari mengenai penjualan dokumen itu, diikuti perbincangan panjang lebar tentang bagaimana beliau akan dibayar.

Bekas ketua Teknologi Maklumat PetroSaudi itu ditangkap polis Thailand pada 22 Jun dan mengaku dia mencuri data syarikat, sebanyak 90 gigabait selepas dia berhenti pada 2011.

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB: Bertindak Segera Atas Pengakuan Eksklusif Justo - Abdul Rahman

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium