1MDB bidas dakwaan Rafizi berhubung Sukuk Bandar Malaysia - pakdin.my

1mdb-bandar-malaysia

1Malaysia Development Bhd pada Selasa menafikan dakwaan berkaitan program Sukuk Bandar Malaysia dan menyifatkannya sebagai ‘tidak bertanggungjawab’ kerana hasil daripada bon Islam telah digunakan dengan baik.

1MDB merujuk kepada kenyataan oleh Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan, yang mendakwa hasil daripada Sukuk Bandar Malaysia Sdn Bhd (Sukuk BMSB) mungkin tidak digunakan dengan baik.

“1MDB menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini dan malah, mengesahkan hasil yang diraih oleh BMSB telah digunakan sejajar dengan terma Perjanjian Program Sukuk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasil itu digunakan untuk membiayai sebahagian kos projek pemindahan semula Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL), fi pra-pembiayaan dan perbelanjaan untuk Program Sukuk, pembiayaan akaun rizab pembiayaan prasyarat dan sebagai modal kerja oleh 1MDB Real Estate Sdn Bhd, yang kini dikenali sebagai TRX City Sdn Bhd.

Rafizi Ramli dengan sengaja telah mengabaikan kenyataan terperinci yang dikeluarkan 1MDB pada 6 Januari, yang mana tanpa ragu-ragu, menyatakan dengan jelas bahawa ini tidak akan menjadi isu apabila beliau membangkitkan kebimbangan mengenai sebuah syarikat asing yang mungkin terlibat dalam projek pemindahan semula PUKL, menurut kenyataan itu.

Sambil mengulangi pendiriannya 1MDB berkata, Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia (PPHM), anak syarikat 100 peratus Lembaga Tabung Angkatan Tentera, adalah dan akan terus menjadi, kontraktor siap guna untuk projek Pemindahan Semula PUKL.

PPHM telah melantik lebih 50 kontraktor Bumiputera yang berkelayakan sebagai sub-kontraktor untuk melaksanakan pelbagai aspek pembinaan dan mereka akan mengekalkan kontraktor yang ditetapkan dan melaksanakan peranan mereka secara eksklusif.

Kontraktor ini telah mendapat kelulusan pihak berkuasa berkaitan dan pembinaan akan diselia oleh pegawai berkaitan daripada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

“Memandangkan pembinaan akan terus dijalankan oleh kontraktor semasa yang diluluskan, oleh itu, tiada persoalan mengenai sebarang kesan kepada keselamatan negara daripada penjualan oleh 1MDB bagi 60 peratus kepentingannya dalam projek Bandar Malaysia,” kata 1MDB.


Kenyataan Media oleh 1MDB

Diterbitkan pada 12 Januari 2016
Untuk Terbitan Segera

Sukuk Dan Kontrak Pembinaan Bandar Malaysia

Pihak 1MDB merujuk kepada kenyataan tidak bertanggungjawab yang dibuat oleh YB Rafizi Ramli yang dilihat seolah-oleh bersaing sesama sendiri dengan YB Tony Pua dalam mengelirukan rakyat dengan dakwaan-dakwaan yang tidak berasas mengenai urusan yang berkaitan dengan 1MDB.

Terbaru, YB Rafizi Ramli mendakwa hasil yang diperolehi dari Bandar Malaysia Sdn Bhd Sukuk (“BMSD SUKUK”) tidak digunakan seperti yang sepatutnya. Pihak 1MDB menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan menegaskan bahawa hasil yang diperolehi oleh BMSD telah diagihkan mengikut syarat-syarat Program Perjanjian Sukuk seperti yang berikut:

-Sebahagiannya digunakan untuk membiayai projek penempatan semula Pangkalan Udara Kuala Lumpur ( PUKL).

-Membiayai perbelanjaan Program Sukuk.

-Membiayai syarat kewangan akaun rizab; dan

-Keperluan modal kerja 1MDB Real Estate Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai TRC City Sdn Bhd).

Keduanya, YB Rafizi Ramli menyuarakan kebimbangan terhadap syarikat luar yang mungkin akan terlibat dalam projek penempatan semula PUKL. Beliau seakan-akan tidak menghiraukan kenyataan yang dikeluarkan oleh 1MDB pada 6 Januari 2016, yang menjelaskan bahawan ianya tidak akan terjadi. Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia (PPHM, anak syarikat 100% milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera) adalah kontraktor ‘Turn Key’ yang bertindak untuk menghantar keperluan pembinaan bagi Penempatan Semula PUKL. PPHM juga telah melantik lebih 50 kontraktor Bumiputera yang layak sebagai sub-kontraktor.

PPHM yang bertindak sebagai kontraktor ‘Turn Key’ bersama-sama lebih 50 sub-kontraktor Bumiputera yang lain akan meneruskan peranan mereka seperti mana yang telah dipersetujui. Pihak kontraktor ini telah diperakui oleh pihak berkuasa dan proses pembinaannya diselia oleh pegawai dari Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri. Dengan proses pembinaan yang diteruskan dengan menggunakan kontraktor yang diiktiraf, maka, tiada terdapat sebarang kemungkinan buruk mengenai impaknya kepada keselamatan negara melalui penjualan 60% kepentingannya dalam projek Bandar Malaysia oleh 1MDB.

Dengan perjanjian perlaksanaan selama enam bulan bagi tiga tunggak utama pelan rasionalisasi yang diluluskan oleh Kerajaan Malaysia, 1MDB kini fokus untuk melaksanakan syarat-syarat yang telah ditetapkan dan seterusnya merealisasikan objektif perjanjian tersebut. Pihak 1MDB juga akan sentiasa memberi perkembangan secara berkala sepanjang projek ini berlangsung.

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB bidas dakwaan Rafizi berhubung Sukuk Bandar Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium