1MDB: Siar Dakwaan Tak Berasas – The Edge Financial Daily Di Bidas - pakdin.my

1mdb-pihak-berkuasa

1Malaysia Development Bhd (1MDB) membidas The Edge Financial Daily kerana menyiarkan pelbagai dakwaan dan kenyataan tidak berasas.

Semasa menyifatkan laporan empat muka surat itu sebagai “laporan tidak bertanggungjawab”, syarikat pembangunan strategik milik kerajaan itu berkata: ” Kami tidak menyangka kerana dakwaan-dakwaan lapuk dan tidak terbukti ini dipergunakan sekali lagi, sedangkan beberapa siasatan serentak kini sedang dijalankan oleh pihak berkuasa berkenaan isu-isu yang ditimbulkan sebelum ini”.

Laporan akhbar harian mengenai 1MDB memberi tumpuan terutamanya kepada usaha sama dan pergerakan wang antarabangsa.

Menurut 1MDB, mana-mana pihak yang boleh membantu para penyiasat patut berbuat demikian di bawah peruntukan undang-undang, tanpa perlu membuat laporan yang tidak bertanggungjawab dan disensasikan.

1MDB mengulangi keyakinan di dalam proses wajar seperti yang dibuktikan oleh siasatan yang sedang dijalankan secara profesional dan teliti oleh pihak berkuasa.


Kenyataan Media oleh 1Malaysia Development Berhad
Dikeluarkan pada 20 Julai 2015
Untuk siaran segera

Laporan tidak bertanggungjawab

1MDB mengambil maklum berbagai dakwaan dan kenyataan tidak berasas yang disiarkan oleh The Edge Financial Daily hari ini.

Kami tidak menyangka dakwaan-dakwaan lapuk dan tidak terbukti ini dipergunakan sekali lagi, sedangkan beberapa siasatan serentak kini sedang dijalankan oleh pihak berkuasa berkenaan isu-isu yang ditimbulkan sebelum ini.

Mana-mana pihak yang boleh membantu para penyiasat patut berbuat demikian di bawah peruntukan undang-undang, tanpa perlu membuat laporan yang tidak bertanggungjawab dan disensasikan.

1MDB mengulangi keyakinan kami di dalam proses wajar seperti yang dibuktikan oleh siasatan yang sedang dijalankan secara profesional dan teliti oleh pihak berkuasa.


 

Media statement by 1Malaysia Development Berhad
Issued on 20 July 2015

For immediate publication

Irresponsible reporting

1MDB notes various allegations and unsubstantiated statements as published in The Edge Financial Daily today.

We are surprised that these old and unproven allegations are being recycled yet again, when in fact there are multiple ongoing investigations being conducted by the lawful authorities on the issues raised previously.

Any party which can assist investigators should do so under the purview of the law, without resorting to such irresponsible and unnecessary sensationalism.

1MDB reiterates our trust in due process as evidenced by the professional and thorough ongoing investigations being conducted by the lawful authorities.

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB: Siar Dakwaan Tak Berasas - The Edge Financial Daily Di...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium