1MDB: Dalang fitnah dibayar RM15.5 juta untuk tinggalkan PetroSaudi - pakdin.my

1mdb-eksekutif-petro-saudi-peras-ugut

Polis Thailand mendedahkan hasil soal siasat awal mereka bekas pekerja PetroSaudi International Xavier Justo dibayar 140 juta Baht (RM15.5 juta) untuk meninggalkan syarikat itu.

Bangkok Post melaporkan, Kolonel Polis, Akaradech Pimonsri berkata, jumlah itu dibayar kepada Justo untuk meninggalkan syarikat berkenaan selepas didapati ‘melanggar syarat dan peraturan syarikat’.

Akaradech yang juga pemangku Komander Bahagian Jenayah Penindasan Thailand berkata, Justo turut meminta 90 juta Baht daripada PetroSaudi sebagai syarat untuk dia tidak mendedahkan maklumat sulit kepada syarikat pesaing.

Justo bagaimanapun dikatakan menafikan tuduhan berkenaan.

Dia ditahan di Koh Samui pada Isnin.

Beberapa pemacu keras dan alat penyimpan data turut dirampas ketika tangkapan dibuat.

Penangkapannya itu dibuat berikutan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok.

Dia telah ditahan kerana didakwa memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International Ltd.

Tuduhan memeras ugut dan penipuan ke atas Justo merupakan kesalahan di peringkat antarabangsa.

Selain itu, PetroSaudi International turut memburu beberapa lagi bekas kakitangannya dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan negara itu berkaitan kebocoran emel syarikat berkenaan dengan 1MDB.

Syarikat yang berpangkalan di Arab Saudi itu mengumumkan lewat Isnin seorang daripada bekas kakitangannya telah ditangkap di Thailand dan dia dilaporkan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa mengenai skandal PetroSaudi-1MDB.

“Xavier Justo telah ditangkap di rumahnya di Thailand oleh Bahagian Pencegahan Jenayah Polis Thailand semalam, dan didakwa cuba memeras ugut dan pemerasan terhadap PetroSaudi International.

“Komputer, pemacu keras dan bukti lain dirampas selepas mendapat waran geledah dari mahkamah dan siasatan sedang dijalankan,” kata PetroSaudi International.

Tambahnya, PetroSaudi International sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang seterusnya di negara-negara lain.

Tindakan itu diambil selepas laman web pemberi maklumat Sarawak Report mendedahkan beberapa komunikasi emel syarikat itu dengan 1MDB.

Difahamkan, sebahagian daripada emel dan dokumen yang disiarkan dalam blog itu sudah ditokok tambah, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap kesahihan tuduhan berkenaan.

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB: Dalang fitnah dibayar RM15.5 juta untuk tinggalkan PetroSaudi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium