1MDB: Individu Ketiga Ditahan Reman Berkaitan Siasatan - pakdin.my

1mdb-reman-ketiga
Seorang pemilik tunggal sebuah syarikat perdagangan direman selama empat bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Bhd. (1MDB). Suspek ditahan pada jam 10.45 malam tadi di pejabat SPRM di sini setelah soal siasat dijalankan.

Individu ketiga telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) – kali ini adalah pemilik syarikat perdagangan berusia 28 tahun.

Majistret Putrajaya Nik Isfahanie Tasnim Ab Rahman membenarkan suspek ditahan reman selama empat hari.

Suspek ditahan pada pukul 10.45 malam Khamis di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi berkata individu itu disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM kerana disyaki menerima rasuah.

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB: Individu Ketiga Ditahan Reman Berkaitan Siasatan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium