1MDB-IPIC: Ledakan Bom – Surat Dari Kerajaan British Virgin Island Dan Pengumuman IPIC Kepada Bursa Saham London

Lanjutan kepada post blog dua hari yang lepas ( http://pakdin.my/penyelesaian-ipic-1mdb-april-2017-apa-yang-kita-perlu-tahu/) daripada penyelesaian USD6 bilion antara IPIC dan 1MDB, terdapat lagi satu perkembangan terkini.

Dalam pengumuman IPIC kepada Bursa Saham London bagi penyelesaian dengan 1MDB bertarikh 24 April 2017, perenggan terakhir menyebut:

“Kedua pihak juga telah bersetuju untuk memulakan perbincangan berniat baik berhubung dengan pembayaran yang dibuat oleh 1MDB Group kepada entiti tertentu.”
http://www.londonstockexchange.com/exchange/news/market-news/market-news-detail/61HK/13201700.html

Bagi mana-mana akaun, ini adalah satu kenyataan yang luar biasa dilakukan kerana ia membayangkan bahawa 1MDB mungkin telah membayar IPIC atau Aabar jumlah yang dipertikaikan tetapi tidak secara langsung mengatakannya.

Sebabnya adalah mudah:

IPIC tidak boleh mengatakannya kerana mereka sebelum ini telah mengumumkan kepada bursa saham dan kepada dunia bahawa mereka tidak pernah menjamin unit dana dan Aabar BVI bukan milik mereka.

Malahan, mereka telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar pada April 2016 yang secara efektif berkata ia tidak menerima berbilion pembayaran daripada dana Malaysia 1MDB. http://www.cnbc.com/2016/04/11/abu-dhabi-fund-ipic-says-it-didnt-receive-billions-in-payments-sent-by-malaysia-fund-1mdb.html

IPIC kini tidak boleh mengatakan “oops, kami membuat kesilapan” kerana ia akan menjadi sesuatu yang benar-benar menjatuhkan maruah mereka dan juga merosakkan reputasi mereka.

Ia adalah seolah-olah mengatakan berkata bahawa dua pegawai tertinggi mereka di IPIC dan Aabar telah menipu negara lain dan melesapkan wang berbilion.

Bayangkan jika Kerajaan Malaysia terpaksa mengumumkan bahawa pegawai tertinggi mereka Khazanah dan PNB telah menipu berbilion dari negara lain dan melesapkan berbilion-bilion kedalam akaun mereka?

Ini juga merupakan sebab mengapa bekas Pengarah Urusan IPIC dan Pengerusi Aabar, Qubasi serta Pengarah Urusan Aabar Badawy tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah bagi keseluruhan urusan ini walaupun semua bukti mengarah kepada mereka dalam perjanjian yang ditandatangani dan bayaran yang diterima oleh mereka.

Hari ini, Menteri Kewangan II, Johari Abdul Ghani mengulangi kenyataannya bahawa berdasarkan kepada dokumen yang beliau telah lihat, dia sangat yakin bahawa 1MDB akan menang timbang tara.

Dari konsekuensi yang lebih besar lagi,, Malaysiakini hari ini melaporkan Johari Abdul Ghani telah mendedahkan bahawa terdapat surat rasmi daripada Pendaftar Hal Ehwal Korporat Kerajaan British Virgin Islands bertarikh 11 Ogos 2016 yang mengesahkan bahawa syarikat yang dipertikaikan, Aabar BVI secara rasmi adalah milik IPIC.
http://www.malaysiakini.com/news/380374

Kewujudan surat rasmi ini akan menjadi ledakan bom bagi IPIC dan usaha timbangtara.

Selain itu, 1MDB juga mempunyai dalam milikannya, surat jaminan (guarantee letter) ditandatangani secara rasmi dan disahkan oleh boss tertinggi Aabar ketika itu bahawa mereka menjamin unit dana berjumlah US$2 bilion, dimana menjadi wang 1MDB sekarang – dengan bantuan IPIC sekiranya menghormati jaminan.

Ini juga bermakna bahawa ia berkemungkinan besar IPIC telah bersetuju bahawa menjelang tahun 2020, 1MDB boleh menuntut kembali US$3.5 bilion dari mereka yang 1MDB akan gunakan untuk membayar bon US$3.5 bilion yang matang pada tahun 2022.

Jadi, US$2.5 bilion + US$3.5 bilion daripada 1MDB yang sebelum ini diingkarkan (default) telah diselesaikan.

Ini melengkapkan langkah terakhir pelan rasionalisasi dan membuktikan bahawa tidak seringgit pun wang 1MDB yang hilang.

Tiada isu RM2.6 bilion dan tiada wang Goodstar telah dipindahkan ke lain lagi.
http://pakdin.my/penyelesaian-ipic-1mdb-april-2017-apa-yang-kita-perlu-tahu/

Oleh itu, tiada seringgit pun wang Kerajaan atau wang pembayar cukai wang yang telah digunakan untuk “bail-out” 1MDB.

Ya, pembangkang akan menjadi sangat marah dengan perkembangan ini kerana mereka telah diserang 1MDB selama lebih daripada dua tahun dan ia adalah senjata utama serangan mereka terhadap Kerajaan – oleh itu mereka tidak akan percaya dan akan berasa terlalu geram.

Tetapi realitinya adalah bahawa langkah terakhir pelan rasionalisasi berjalan dengan baik

Meskipun macai Pakatan dan Cap Bunga berbohong bahwa Malaysia sekarang harus membayar dua kali ganda atau pembayar cukai kena membayar kepada IPIC, pelabur asing dan pasaran saham tidak mempercayainya.

Jika pelabur asing percaya kepada Temberang macai Pakatan dan Cap Bunga bahawa kerajaan Malaysia sekarang harus membayar ekstra US$6 bilion kepada IPIC, mereka pasti telah menjual saham atau membawa keluar dana mereka. Tidak membawa masuk dana.

Sejak dua hari yang lalu, semenjak pengumuman Penyelesaian timbang tara dengan IPIC, Ringgit dan pasaran saham kita telah meningkat hari ini dan semalam, yang menunjukkan keyakinan pelabur yang kuat .

Bursa Malaysia juga menguntungkan kerana pasaran saham terus melonjak.

The Sun Daily juga melaporkan bahawa penganalisis telah berkata “perjanjian penyelesaian timbang tara antara 1MDB dan IPIC Abu Dhabi juga dilihat sebagai rangsangan kepada pasaran tempatan.”
http://www.thesundaily.my/news/2017/04/26/ringgit-edges-5-month-high-against-us-dollar

1MDB juga melakukan banyak kebaikan!

Mungkin ada yang berhujah bahawa dalam hal ini mungkin telah berlaku kesalahan pada transaksi asal tetapi pengalaman yang lalu adalah 20/20. Yang paling penting adalah bahawa 1MDB dan Kerajaan telah berjaya melaksanakan tanggungkawab dalam mendapatkan semula semua wang dan memastikan semua hutang 1MDB telah diselesaikan.

Disamping 1MDB telah melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) seperti bekalan elektrik luar bandar, projek mini bekalan air, klinik bergerak, biasiswa untuk pelajar dan puluhan ribu orang dihantar menunaikan haji, 1MDB juga telah melakukan perkara yang baik termasuk membantu Malaysia akhirnya menyelesaikan perjanjian berat sebelah IPP oleh Mahathir dimana kerajaan terpaksa membayar menggunakan wang Rakyat sebanyak RM200 bilion dalam tempoh 20 tahun yang lalu.
http://www.thesundaily.my/news/1233496
http://limsiansee.blogspot.my/2016/11/ever-wondered-why-pakatan-never-talks.html

1MDB juga menanggung pembinaan dan menaik taraf 8 pengkalan tentera bernilai berbilion Ringgit di seluruh Malaysia.
Lihat video:


https://youtu.be/XFldPRtZRKY

Dan terbinanya Tun Razak Exchange, yang berkembang pesat dan termasuk bangunan tertinggi Malaysia (lebih tinggi daripada KLCC) dijangka siap pada tahun 2018 dan sudah siap separuh daripadanya.

Berikut adalah video kemajuan pembangunan tersebut pada akhir Disember 2016.


https://youtu.be/epFmN3878cw

Ini adalah kemajuan pembinaan menara TRX Signature pada awal bulan ini yang menjadi saingan kepada KLCC:

Dan sudah tentu, diikuti juga dengan pembangunan Bandar Malaysia yang disifatkan sebagai hab ASEAN bagi inisiatif ‘One Belt One Road’ yang menghubungkan Malaysia kepada dunia melalui laluan kereta api.


https://youtu.be/DJOGWlhAS2M

Dalam semua serangan Pakatan terhadap kelemahan 1MDB, kita jarang melihat mereka menonjolkan sisi positif 1MDB yang anda boleh lihat adalah sangat besar juga dan penting kepada pertumbuhan Malaysia di dekad akan datang yang akan menjana beratus-ratus bilion dalam pertumbuhan dan beratus ribu peluang pekerjaan.

Siasatan DOJ Amerika dan Switzerland

Asas saman sivil DOJ Amerika Syarikat pada Julai 2016 dan penyiasatan Switzerland itu adalah disebabkan oleh hakikat bahawa 1MDB berkata ia telah membayar wang kepada IPIC tetapi IPIC ketika itu berkata sebelum ini pada 2016 mereka tidak menerima wang itu – oleh itu terdapat kehilangan wang dan dengan demikian dianggap sebagai pengubahan wang haram.

Sekarang IPIC telah mengakui bahawa ada pembayaran itu maka tidak ada “wang hilang” dan dengan itu tiada pengubahan wang haram.

Untuk ulangan yang lebih terperinci mengenai mengapa semua mereka yang mendakwa “wang hilang” tidak pernah dimiliki secara sah oleh 1MDB dan mengapa saya berfikir kes sivil DOJ Amerika Syarikat dan siasatan Swiss kini akan gagal.

Walau apa pun kebenarannya, bagi Mahathir dan Pembangkang mereka tetap akan memutar belit fakta.

***********
Rujukan:

“Penyelesaian IPIC-1MDB April 2017: Apa Yang Kita Perlu Tahu”
http://pakdin.my/penyelesaian-ipic-1mdb-april-2017-apa-yang-kita-perlu-tahu/

US DOJ kata “YA” tetapi 1MDB berkata “TIDAK”. Mengapa?
http://pakdin.my/us-doj-kata-ya-tetapi-1mdb-berkata-tidak-mengapa/

US DOJ kata “YA” tetapi 1MDB berkata “TIDAK”. Mengapa? (sambungan)
http://pakdin.my/us-doj-kata-ya-tetapi-1mdb-berkata-tidak-mengapa-sambungan/

One Reply to “1MDB-IPIC: Ledakan Bom – Surat Dari Kerajaan British Virgin Island Dan Pengumuman IPIC Kepada Bursa Saham London”

Leave a Reply