1MDB: Kerajaan komited laksana pelan rasionalisasi - pakdin.my

1mdb-project

Pelan rasionalisasi berhubung syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diyakini dapat diselesaikan seperti yang dirancang.

Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan, menegaskan perancangan yang diatur ke arah itu adalah selari dengan kenyataan Majlis Raja-Raja, baru-baru ini.

Beliau berkata, kerajaan komited untuk melangkah ke hadapan sebaik pelan rasionalisasi 1MDB diselesaikan dalam tempoh enam bulan seperti dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini.

Pada masa sama, Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata segala siasatan berhubung 1MDB dikendalikan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Beliau berkata, walaupun pelan rasionalisasi 1MDB perlu diselesaikan dalam masa enam bulan, proses siasatan tidak seharusnya dikekang oleh had masa yang ketat.

“Ini bagi memastikan pihak berkuasa mempunyai masa mencukupi untuk membuat siasatan agar kebenaran dan keadilan sewajarnya diperoleh,” katanya.

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB: Kerajaan komited laksana pelan rasionalisasi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium