1MDB: Ketelusan Najib terserlah, tidak arah henti siasatan terhadapnya - pakdin.my

Perdana Menteri pada sidang media yang berlangsung kurang dua minit untuk menyatakan keputusannya mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ.
Perdana Menteri pada sidang media yang berlangsung kurang dua minit untuk menyatakan keputusannya mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ.

Sebagai parti pemerintah, UMNO dan Barisan Nasional tidak pernah campur tangan proses penyiasatan Pasukan Petugas Khas terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan terhadap Perdana Menteri itu ketika ini.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC),  Tan Sri Shahrir Abd Samad menegaskan, ketelusan pentadbiran Najib terserlah apabila beliau tidak mengarahkan siasatan terhadapnya atau 1Malaysia Development Berhad dihentikan.

Malah menurut Shahrir, Perdana Menteri pula yang mengarahkan Ketua Audit Negara, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara serta Pasukan Petugas Khas yang disertai Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Gabenor Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terhadap dakwaan itu.

Katanya, ketika ini enam akaun telah dibekukan dan ada dokumen telah diambil untuk siasatan lanjut, dan Perdana Menteri tidak mengarah siasatan dihentikan.

“Biarkan proses siasatan berjalan dahulu, seperti yang diberi mandat oleh  Perdana Menteri, biarlah pasukan berkenaan menjalankan tugasnya, bukan menghukumnya” katanya.

Ahli Parlimen Johor Bharu itu mengulas perkembangan terkini dakwaan kaitan Najib dengan 1MDB selepas pendedahan terkini oleh Pasukan Petugas Khas itu ekoran dakwaan The Wall Street Journal (WSJ).

Tambahnya, negara ini mempunyai perlembagaannya dan peraturannya yang dinamik untuk mentadbir, apa juga yang disebut dan dinyatakan dalam media sosial ia perlu dirujuk kepada yang telah ditetapkan dalam sistem pentadbirannya.

“Kita tidak boleh mempercayai bulat-bulat semua yang dalam media sosial atau media asing, ia mesti dirujuk mengikut perlembagaan dan undang-undang sedia ada,” tegas Shahrir.

Bagi beliau, mungkin sudah masanya untuk pelaksanaan transformasi politik dan Parlimen diperkasakan segera.

Beliau turut menyentuh cadangan pengisyhtiharan aset bagi ahli-ahli parlimen dan juga penubuhan tabung untuk menerima sebarang dana bagi tujuan pembiayaan tabung parti seperti kempen pilihanraya atau sebarang aktiviti parti.

“Ia dicadangkan sebelum ini dan mungkin sudah masanya ia sudah sesuai dilaksanakan,”  cadang Shahrir.

Shahrir yakin usaha itu menampakkan kesungguhan kepada parti dan pentadbir negara  telus dalam melaksanakan tugasnya.

Menurut Shahrir, apa yang penting apa juga isu yang timbul ia mesti diurus sebaiknya mengikut lunas undang-undang yang ada, bukan sekadar meletakkan persepsi semata.

“Dalam politik apa juga boleh berlaku, ketika ini Najib mendapat sokongan daripada Ketua-Ketua Bahagian UMNO untuk beliau meneruskan perjuangannya sebagai Perdana Menteri, jadi biarlah selesai siasatan dahulu sebelum kita membuat sebarang spekulasi,” katanya lagi.

Menjawab mengenai kerjasama UMNO dan PAS, Shahrir  berpendapat gabungan kedua-dua parti itu bukan penyelesaian segalanya, ini kerana Malaysia itu ditubuhkan gabungan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Sehubungan itu ia perlu melihat kepentingan semua kaum dan agama bukan sekadar kepentingan gabungan antara PAS dan UMNO sahaja.

“Malaysia tidak hanya dibentuk antara kaum melayu, cina dan india tetapi Malaysia mempunyai sokongan daripada lain-lain bumiputera di Sabah dan Sarawak,” tegasnya.

Baginya, BN sudah mewakili semua kaum di negara ini, maka itu ia perlu bergerak sebagai sebuah platform yang kuat dan rakyat perlu yakin dengan pentadbiran negara dibawah Datuk Seri Najib.

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB: Ketelusan Najib terserlah, tidak arah henti siasatan terhadapnya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium