1MDB MENGUNTUNGKAN TNB DAN RAKYAT

Pernah terfikir mengapa PAKATAN TIDAK LAGI MEMEKAK MENGENAI KRONI IPP? Mereka jadikan isu ini sebagai isu besar sebelum ini tetapi sekarang senyap. Mengapa?

Teruskan membaca:

1. Sebelum ini, Pakatan Rakyat yang sekarang ini sudah mati berkata ia akan memberikan penjimatan tahunan sebanyak RM3.47 bilion kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) atas pembayaran kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) jika gabungan itu mengambil alih Putrajaya pada PRU13 dengan mengurangkan ‘Internal Rate of Return’ jaminan pulangan kepada IPP daripada 19% kepada 10%. (Lihat video)

2. Ini masalah perjanjian berat sebelah dalam tawaran IPP kepada kroni, lalu menjadi isu besar kepada rakyat Malaysia selama bertahun-tahun di mana berpuluh-puluh bilion ringgit duit rakyat (melalui TNB) dan wang Petronas diberikan kepada kroni.

3. Akan tetapi pada tahun 2012, Kerajaan buat pertama kalinya membuat tender terbuka untuk IPP dan 1MDB yang membida harga yang paling rendah bagi setiap pembaharuan kontrak atau IPP baru dan memaksa pembida lain untuk turut menurunkan tawaran mereka secara mendadak, Kerajaan telah melakukan sesuatu yang jauh lebih baik daripada apa yang dijanjikan oleh Pakatan!

4. Maybank mengisytiharkan bahawa era tawaran ‘sweetheart’ untuk IPP sudah tiada lagi dan IRR untuk IPP kini berada di antara 5% -6% – jauh lebih rendah daripada sebelumnya 19% dan lebih rendah daripada apa yang dijanjikan oleh Pakatan sebanyak 10%. Oleh itu, penjimatan tahunan kepada TNB adalah lebih besar daripada apa yang dijanjikan Pakatan.

20161028-ipp-ytl-untung-2

5. Perbezaan tarif walaupun satu sen memberikan perbezaan yang besar bagi tempoh konsesi 20 tahun, untuk satu loji IPP perbezaan 1 sen pun boleh mengurangkan kos tarif sebanyak RM2.9 bilion.

6. Itulah sebabnya mengapa anda boleh lihat dari carta, keuntungan TNB kini meningkat dengan ketara – lari dari kerugian untuk mencatatkan keuntungan dan kerajaan tidak lagi perlu membayar pampasan kepada TNB secara berkala, seperti yang kerajaan terpaksa lakukan sebanyak RM2.2 bilion pada tahun 2012.

20161028-ipp-ytl-untung-1

7. Oleh itu Khazanah, PNB, KWSP, Tabung Haji dan lain-lain dan kebanyakan ‘mutual fund’ yang mempunyai saham dalam TNB, keuntungan yang diperolehi bertambah baik dan secara langsung diterjemahkan kepada untuk Rakyat – bukan kepada kroni pemilik IPP.

8. Tetapi Pakatan juga pandang banyak perkara. Mereka terlupa bahawa berpuluh-puluh bilion ringgit subsidi gas Petronas terpaksa diberi kepada IPP untuk mengekalkan kadar kepada TNB lebih rendah.

9. Harga subsidi gas (RM/mmBTU) untuk penjanaan elektrik dari Petronas naik dari RM6.40 pada tahun 2008 kepada RM18.20 pada tahun 2016, peningkatan 3 kali ganda. Harga pasaran kebiasaannya adalah melebihi RM40 ketika itu.

10. Penjimatan dari tawaran IPP yang lebih baik telah mengurangkan subsidi gas dan peningkatan pendapatan gas(berbilion-bilion setahun) kepada Petronas tanpa peningkatan yang tinggi dalam harga elektrik seperti pada tahun 2011 dan 2014 – akhirnya TNB membuat keuntungan lebih besar dan Petronas menjimatkan berbilion setiap tahun .

20161028-ipp-ytl-untung-3

11. Tidak syak lagi bahawa 1MDB telah membantu mengubah industri IPP dengan bidaan agresif dalam tender terbuka pertama kali dilaksanakan untuk PPA pada tahun 2012 dan juga tawaran IPP berikutnya di mana 1MDB sentiasa menjadi pembida berkelayakan yang paling rendah bagi setiap projek IPP yang disertai.

12. Penjimatan daripada pembayaran sangat lumayan kepada IPP sebelum ini disalurkan kepada pendapatan lebih tinggi bagi Petronas, TNB dan akhirnya kepada kerajaan dan rakyat dan bukannya untuk menguntungkan IPP milik swasta.

13. Dan ini adalah sama untuk IPP yang sebelum ini dimiliki oleh kroni (dengan tawaran berat sebelah dan pemberian subsidi gas yang tinggi) yang kini telah dijual kepada China (tanpa tawaran berat sebelah dan subsidi gas yang lebih rendah).

14. Harga lebih rendah bagi penggunakan yang menggunakan setakat 200 kWj/bulan yang melibatkan 70% daripada isi rumah tidak berubah sejak tahun 1997. Ia juga bebas GST.

15. Sebarang perubahan pada bil elektrik kita mungkin disebabkan kita menggunakan lebih banyak tenaga elektrik berbanding sebelum itu.

16. Bermula tahun 2010 dan seterusnya, isi rumah yang menggunakan bil elektrik di bawah RM20 tidak lagi membayar satu sen pun. Manfaat ini masih diteruskan.

17. Jadi jangan mengatakan bahawa 1MDB atau Kerajaan tidak berbuat apa-apa kebaikan kerana berpuluh-puluh bilion yang akan pergi kepada IPP kroni SETIAP tahun sekarang ini dapat kepada Kerajaan dan untuk rakyat – dengan mudah boleh mengaut beratus-ratus bilion ringgit dalam tempoh 10 hingga 20 tahun.

Rujukan:

Maybank’s analysis 2012: http://klse.i3investor.com/blogs/kltrader/18923.jsp

YTL UNTUNG BILION RINGGIT SETAHUN SEBELUM INI, SEKARANG GILIRAN TNB

Legasi Mahathir: Perjanjian berat sebelah antara TNB dan YTL

IPP YTL – Beban masalah legasi Mahathir yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekarang

1MDB: SEKILAS FAKTA YANG NYATA

Jualan 1MDB Edra: Tuduhan dan jawapan

The truth about subsidies – Gas subsidies go to CONSUMER not IPPs

111 Replies to “1MDB MENGUNTUNGKAN TNB DAN RAKYAT

Leave a Reply