1MDB: Pemimpin PAS minta polis siasat segera dakwaan Justo - pakdin.my

1mdb-justo

KOTA BHARU: Polis digesa menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi), Xavier Andre Justo bahawa dia telah berjumpa dengan ahli politik pembangkang dari Malaysia untuk menjual maklumat sulit syarikat itu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata penjualan maklumat sulit itu tidak sepatutnya berlaku.

“Penjualan maklumat ini tak sepatutnya berlaku. Saya nak komen lebih pun saya tak tahu. Jadi kita minta polis siasatlah,” katanya.

Khamis lalu, polis Thailand mendedahkan Justo bertemu pemimpin pembangkang di Singapura untuk menjual maklumat sulit milik syarikat itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pula dipetik sebagai berkata, rakyat Malaysia yang terbabit akan dipanggil memberi keterangan berhubung pendedahan terbaharu polis Thailand hasil siasatan terhadap Justo.

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB: Pemimpin PAS minta polis siasat segera dakwaan Justo

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium