1MDB: Reezal saman Wei Aik kerana fitnah ARB - pakdin.my

Reezal-Merican-amanah-raya

Pengerusi Amanah Raya Berhad (ARB), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen DAP Tanjong, Ng Wei Aik kerana sengaja membuat serangan politik jahat untuk mencalarkan integriti ARB dan dirinya.

Katanya, setelah diteliti tuduhan yang dilontarkan Wei Aik terhadapnya ia hanyalah tuduhan liar semata-mata.

Antaranya, ARB kononnya meluluskan pinjaman sejumlah RM2 bilion kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kedua, pinjaman ini kononnya diberikan selepas perlantikan saya sebagai Pengerusi ARB.

Dalam kenyataan Reezal yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas menegaskan Wei Aik gagal mengemukakan sebarang dokumen bagi menyokong tuduhan berkenaan.

“Saya nak nyatakan secara JELAS, NYATA dan TERANG, bahawa TIDAK ADA sebarang pinjaman dengan amaun dan perjanjian yang dinyatakan berlaku di ARB,” katanya.

Tambahnya, tuduhan itu sama sekali tidak berlaku dan tidak pernah dibawa untuk mendapatkan kelulusan di bawah persetujuan keseluruhan Ahli Lembaga Pengarah yang beliau pengerusikan.

Sehubungan itu, tuduhan tersebut hanya berniat jahat, secara jelas ingin merosakkan kredibiliti, menjatuhkan maruah dan integriti sebagai individu – mahupun ARB sebagai organisasi.

Menurut laporan sebuah portal, Ahli Parlimen Tanjong itu mengaitkan satu lagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memberi pinjaman RM2 bilion kepada syarikat 1MDB.

Pinjaman itu, kata Wei Aik, masih belum dibayar balik dan memberi kesan kepada aliran tunai ARB.

Wei Aik membuat tuduhan itu di lobi Parlimen pada Rabu.

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB: Reezal saman Wei Aik kerana fitnah ARB

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium