1MDB: Shafie tidak sebelahi mana-mana? – Ini jawapan Rahman Dahlan - pakdin.my

1mdb-rahman-dahlan-1

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menafikan beliau menyokong mana-mana pihak dalam isu kontroversi yang sedang melanda syarikat pelaburan, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Mohd. Shafie berkata, beliau hanya meminta penjelasan dan penerangan yang tepat mengenai isu tersebut supaya orang ramai tidak terus keliru.

“Persoalannya bukan sokong mana-mana pihak, cuma hendak penjelasan dan terangkan benda mana betul dan tidak betul.

“Sebagai anggota Kabinet yang bertanggungjawab, kita meminta penjelasan mengenai perkara yang ditimbulkan itu sebab kita mempunyai tanggungjawab untuk menjawab kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan hadiah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 2014 di sini hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Ibrahim Muhamad.

Menurut Mohd. Shafie, sejak isu 1MDB menjadi kontroversi, semua anggota Kabinet bebas untuk mengutarakan persoalan berkenaan isu tersebut tanpa sebarang sekatan daripada mana-mana pihak.

Bagaimanapun, katanya, penjelasan yang lebih terperinci perlu dilakukan supaya setiap persoalan dan tohmahan yang ditimbulkan dijawab dengan jelas serta berkesan.

“Selain menunggu Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) selesai mengadakan siasatan berhubung isu tersebut, kita juga sedang berusaha untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci.

“Esok juga satu mesyuarat Kabinet akan diadakan yang mana salah satu perkara dijangka dibangkitkan adalah mengenai cara mengatasi isu terbabit,” katanya.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai desakan sesetengah pihak supaya seluruh anggota Kabinet meletak jawatan sebagai rasa tanggungjawab berhubung isu itu, katanya, tiada keperluan untuk berbuat demikian kerana setiap anggota Kabinet turut membangkitkan persoalan mengenai isu 1MDB supaya dapat dijelaskan kepada rakyat.

https://twitter.com/mpkotabelud/status/603904544737599488
https://twitter.com/mpkotabelud/status/603903448996683776
https://twitter.com/mpkotabelud/status/603901127428448256
https://twitter.com/mpkotabelud/status/603899135259848705
https://twitter.com/mpkotabelud/status/603898496907804672
https://twitter.com/mpkotabelud/status/603896585504751616
https://twitter.com/mpkotabelud/status/603895683033075712
https://twitter.com/mpkotabelud/status/603895235958079488
https://twitter.com/mpkotabelud/status/603894390923210752

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB: Shafie tidak sebelahi mana-mana? - Ini jawapan Rahman Dahlan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium