1MDB: Tony Pua tidak ikhlas berdebat – Vell Paari - pakdin.my

1mdb-arul-tony-rafizi-debat

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua disaran supaya melepaskan jawatannya dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi menjayakan perdebatan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengarah Komunikasi dan Biro Hubungan Awam MIC, Datuk Seri S. Vell Paari berkata, jika ahli Parlimen tersebut benar-benar ikhlas, beliau sepatutnya sanggup melepaskan jawatan dan rakan baik beliau Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli boleh mengambil alih jawatan tersebut.

“Kecualilah beliau merasakan Rafizi tidak sehebat untuk duduk dalam jawatankuasa tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Vell Paari berkata, hanya Tony yang sepatutnya berdebat dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

“Bukan dengan membebankan tanggungjawab tersebut kepada orang lain kerana sejak dari peringkat awal lagi Tony yang asyik mencabar Arul Kanda untuk berdebat,” katanya.

Namun jelasnya, apabila Tony meletakkan syarat dengan mengubah format debat untuk Arul Kanda menjawab sahaja soalan-soalan mengenai 1MDB, ia merupakan satu muslihat yang licik daripada pihak pembangkang.

“Ini semata-mata supaya 1MDB tidak berpeluang untuk bertanyakan bagaimana pihak pembangkang begitu mudah memperoleh segala maklumat mengenai syarikat itu.

“Dengan berbuat demikian, Tony dapat menyembunyikan sesuatu dan tidak akan mendedahkan siapa dan sumber-sumber dari mana dia dapat maklumat mengenai 1MDB,” katanya.

Menurut Vell Pari, pelbagai kerenah ditimbulkan oleh pihak pembangkang berhubung isu ini, tidak lain tidak bukan semata-mata untuk mencari publisiti politik yang murahan.

“Mereka tahu bahawa pelan rasionalisasi 1MDB sedang berjalan dengan baik, malah keputusan pelan tersebut dijangka akan dibentangkan tidak lama lagi.

“Jadi dalam usaha mereka untuk merosakkan pelan tersebut, mereka sanggup membuat bising dan melakukan apa sahaja bagi memusnahkan 1MDB,” katanya.


UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB: Tony Pua tidak ikhlas berdebat – Vell Paari

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium