1MDB: Tuduhan tidak tepat jejaskan perniagaan - pakdin.my

mulia-group-trx

Tindakan pihak tertentu membuat pelbagai dakwaan dan kenyataan mengelirukan telah memberi impak terhadap keupayaan perniagaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Kenyataan itu terus dikeluarkan individu berkenaan walaupun setelah berkali-kali 1MDB memberi penjelasan dan pihak KPMG serta Delloite menyokong laporan audit mereka dalam prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),” kata kenyataan 1MDB, Rabu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan ahli politik pembangkang tertentu terus mengeluarkan kenyataan tidak tepat dan tanpa bukti terutamanya mengenai kehilangan dana 1MDB.

Kenyataan Tun Mahathir pada 16 Jun 2015 dan diulangi pada 29 Jun memberikan kesan negatif kepada pelaksanaan pelan rasionalisasi 1MDB yang bertujuan mengurangkan kadar hutang syarikat dan memaksimakan nilai boleh dijana untuk kerajaan Malaysia.

Tambahan pula, 1MDB adalah subjek siasatan yang sedang dijalankan PAC, jawatankuasa dwi-partisan di Parlimen.

“PAC adalah pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang untuk mengesahkan sama ada RM42 bilion telah ‘hilang’ daripada 1MDB, kerana mereka mempunyai akses kepada semua maklumat.

“1MDB percaya bahawa ahli-ahli PAC akan akan melihat khusus kepada dakwaan ini dan memberikan pertimbangan mereka bagi menyelesaikan perkara ini secara muktamad,” kata syarikat itu.

1MDB terus komited untuk melaksanakan pelan rasionalisasi dan sekali lagi menekankan bahawa jika terdapat sebarang salah laku, tindakan harus diambil oleh pihak berkuasa yang berkenaan, seperti proses yang wajar dan mengikut undang-undang negara.

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB: Tuduhan tidak tepat jejaskan perniagaan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium