1MDB: Tunggu Laporan Rasmi Sebelum Ambil Tindakan Tindakan Terhadap Sarawak Report - pakdin.my

1mdb-sarawak-report

Kerajaan akan menunggu laporan daripada pihak berkuasa Thailand terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap blog, Sarawak Report mengenai emel yang didakwanya mempunyai bukti perjanjian antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan PetroSaudi International Ltd. (PetroSaudi).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak mahu mendahului laporan rasmi daripada pihak berkuasa Thailand berhubung isu berkenaan.

“Kerajaan Thailand menerusi polis mereka akan memaklumkan kepada polis Malaysia sedikit masa lagi.

“Kalau kita dapat tahu apa-apa penentuan yang dibuat dan bukti yang jelas dikemukakan oleh kerajaan Thailand, maka kita akan membuat keputusan yang sewajarnya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di sini, Jumaat.

Pada Rabu lalu, sebuah akhbar Thailand, Bangkok Post melaporkan polis Thailand telah menahan bekas eksekutif PetroSaudi, Xavier Andre Justo dan mendakwa atas tuduhan cuba memeras ugut syarikat berkenaan.

Dilaporkan, siasatan awal mendapati Justo bertanggungjawab memberi maklumat yang salah kepada Sarawak Report.

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB: Tunggu Laporan Rasmi Sebelum Ambil Tindakan Tindakan Terhadap Sarawak Report

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium