2 individu dikesan hina Islam di FB - pakdin.my

hina-islam-di-fb

Lagi kes hina Islam dan terbaru dua individu tidak bertanggungjawab dengan beraninya mempersendakan agama Islam dan negara.

Mereka seolah-olah tidak takut akan undang-undang negara apabila begitu berani memuat naik status di Facebook yang dikesan kelmarin.

Ketua Pengarah Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Wilayah Persekutuan, Faizan Mohd Noor berkata, dua individu itu menggunakan nama Kelvan Scott Kam dan Zi Wong Liang Derek dalam profil di Facebook dipercayai milik mereka.

“Scott Kam dalam status Facebooknya terang-terangan mempersendakan sijil halal Malaysia dan mengaitkannya dengan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan memuat naik gambar khinzir.

“Malah Scott Kam tanpa memikirkan sensitiviti agama dan kaum lain di negara ini dengan berani mempersendakan Nabi Muhammad SAW selain Yang di-Pertuan Agong dengan memuat naik gambar yang cukup mengaibkan,” katanya kepada media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir pada sidang media berkenaan Ketua Pengarah JMM Selangor, Baharim Sukari.

Menurut Faizan, Liang Derek juga melalui status yang dimuat naik dalam akaun Facebook dipercayai miliknya, mahu nama Malaysia ditukar kepada New South China.

“Perbuatan mereka jelas tidak menghormati dan menghina agama serta Yang di-Pertuan Agong.

“Kami mahu polis bersama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat segala bentuk isu atau mana-mana perkara yang boleh mencetuskan kontroversi dan menjejaskan keamanan negara.

“SKMM harus mengkaji garis panduan serta langkah berkesan dari segi pemantauan dan dakwaan terhadap mereka yang terlibat,” katanya.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMA2 individu dikesan hina Islam di FB

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium