2 Lelaki Cuba Merompak Di Tahan Polis - pakdin.my

2-Lelaki-Cuba-Merompak-Di-Tahan

Polis menahan dua lelaki yang mencurigakan selepas mengejar mereka hampir 45 minit.

Suspek ditahan selepas kereta dinaiki terbabas di Jalan Tun Hamdan Tahir Kepala Batas .

Ketua Polis Daerah, ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata, kereta Proton Satria dinaiki dua lelaki tersebut dikesan berada dalam keadaan mencurigakan di Jalan Raja Uda, Butterworth.

Berikutan itu sepasukan pegawai dan anggota polis membuat pemantauan.

Dua lelaki berkenaan didapati cuba merompak sebuah kedai serbaneka.

Namun hasrat mereka tidak kesampaian apabila menyedari kehadiran pihak polis lalu memecut kenderaan ke arah Kepala Batas.

Kereta mereka terbabas selepas bergesel dengan sebuah van.

Akibatnya kenderaan itu berpusing beberapa kali dan merempuh pembahagi jalan menyebabkan dua lelaki di dalamnya tersepit.

Dua suspek yang cedera itu ditahan dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat berbagai alat pecah rumah dan kenderaan di dalam kereta itu.

Kereta dinaiki suspek didapati kereta curi dan dua suspek terbabit didapati turut mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

 

UTAMABERITA2 Lelaki Cuba Merompak Di Tahan Polis

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium