2 lelaki direman 3 hari kes maki penguatkuasa - pakdin.my

https://www.youtube.com/watch?v=G9L1VJIqrJ4

GEORGE TOWN: Dua lelaki yang didakwa bertindak biadap memaki dan mencampak duit kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) selepas tayar kereta mereka dikunci, direman selama tiga hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatarash Wahid berkata polis akan melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan selepas menjalankan siasatan ke atas dua lelaki berusia 19 dan 25 tahun yang ditahan semalam.

“Rakaman video itu dibuat oleh seorang daripada penguatkuasa berkenaan dan setakat ini polis sudah merekodkan keterangan tiga penguatkuasa MBPP yang terbabit dalam insiden berkenaan.

“Selain itu, kami juga akan panggil beberapa lagi saksi bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Mior Faridaltrash berkata polis percaya dapat melengkapkan kertas siasatan kes itu dalam tempoh terdekat dan seterusnya menyerahkan kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk arahan selanjutnya.
Katanya, kes itu disiasat menurut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tiga bulan dan denda RM1,000.
Akhbar semalam melaporkan kejadian dua lelaki berang selepas tayar kereta mereka dikunci anggota penguatkuasa MBPP kerana meletak kenderaan di garisan kuning.
Video berdurasi dua minit empat saat itu menjadi viral di media sosial sejak Khamis.
Rakaman video itu dikatakan berlaku di Lebuh Campbell di sini, ketika anggota wanita berkenaan menjalankan tugas pada Rabu. Pegawai penguatkuasa MBPP yang mengeluarkan saman itu membuat laporan polis berhubung kejadian itu petang Khamis.
UTAMABERITA2 lelaki direman 3 hari kes maki penguatkuasa

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium