Lebih 20 Tempat Jadi Sasaran Tembakan Air Rifle Di Kota Kinabalu - pakdin.my

ANGGOTA forensik sedang menjalankan siasatan di sebuah premis di KK Times Square yang cerminnya pecah akibat terkena tembakan malam tadi bagi mengetahui punca kejadian.
ANGGOTA forensik sedang menjalankan siasatan di sebuah premis di KK Times Square yang cerminnya pecah akibat terkena tembakan malam tadi bagi mengetahui punca kejadian.

KOTA KINABALU: Kejadian tembakan misteri yang berlaku awal pagi Sabtu mencetuskan kebimbangan kepada penduduk di sini selepas lebih daripada 20 tempat telah menjadi sasaran.

Cermin tingkap dan pintu kaca hotel, pusat beli-belah, bank dan restoran makanan segera dipenuhi kesan lubang peluru tunggal, malah ada yang hancur berkecai akibat ditembak oleh individu yang tidak diketahui dalam kejadian antara tengah malam Jumaat dan pukul 1 pagi Sabtu.

Tiada laporan kecederaan diterima setakat ini.

Polis masih belum membuat kenyataan rasmi berhubung kejadian itu yang kini telah tersebar di media sosial.

Mereka belum lagi mengenal pasti mereka yang terlibat tetapi pegawai keselamatan tidak menolak individu yang tidak puas hati atau mungkin kumpulan kongsi gelap terlibat dalam tembakan itu.

Kecurigaan timbul apabila senjata jenis ‘Air Rifle’ telah digunakan dalam tembakan itu.

tembakan-air-rifle-sabah.1 tembakan-air-rifle-sabah-2

Tempat yang menjadi sasaran di Kota Kinabalu adalah:

Karamunsing-

1. Agro Bank
2. Standard Chatered Bank
3. Wisma Merdeka
4. Behind Hotel Hyatt
5. Entrance KK Plaza
6. Maxis Warisan Square
7. Gate B Warisan Square
8. Malar Hotel in KK Times Square
9.  Aeropod KK Times Square
10. Office of Sutera Avenue KK Times Square
11. Office of MAA Api-api
12. Entrance Wisma Sedco wawasan plaza

Luyang-

1. DM Hotel Damai
2. Ambank Damai
3. Southern Station Damai
4. Pizza Hutt Damai
5. Pearl Karaoke Damai
6. Secret Recipe City Mall
7. Hair Made Saloon City Mall
8. Hair Shampoo Saloon City Mall

Inanam-

1.Public Bank

2. Cimb Bank

UTAMABERITALebih 20 Tempat Jadi Sasaran Tembakan Air Rifle Di Kota Kinabalu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium