250 Kg Minyak Masak Di Rampas Di Selayang - pakdin.my

Gombak: Satu premis kedai runcit di Selayang Jaya di sini, dikesan menyembunyikan 250 kilogram minyak masak ketika diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Gombak, hari ini.

Dalam serbuan kira-kira 12 tengah hari itu, pemilik kedai runcit terbabit memaklumkan hanya menyimpan 14 kilogram minyak masak botol dan paket satu kilogram.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut menemui 238 kilogram minyak masak paket satu kilogram dan 12 botol minyak masak satu kilogram dalam sebuah bilik dipercayai disorokkan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Daerah Gombak Anuar Zaidi berkata, semua minyak masak yang ditemui disita untuk siasatan mengikut Seksyen 15 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyembunyikan barang kawalan dengan bertujuan menahan dari dijual di pasaran.

Katanya, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 1 juta atau penjara tidak melebihi 3 tahun bagi individu manakala bagi pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi RM 2 juta.

20161025-minyak-masak-sorok-selayang

UTAMABERITA250 Kg Minyak Masak Di Rampas Di Selayang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium