Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata, pengecualian tersebut diberikan kepada pelajar yang memenuhi syarat dengan melengkapkan beberapa borang dan dokumen dikehendaki kepada PTPTN.

“Bagi pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama, borang permohonan pengecualian boleh diisi secara online di laman sesawang PTPTN dengan menyertakan dokumen dikehendaki secara lengkap,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Anuar Abdul Manap (BN-Sekijang) pada sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.