4 Lagi Makanan Import Taiwan Dicemari Bahan Kimia - pakdin.my

taiwan-product-recall

Empat lagi produk makanan import dari Taiwan disahkan dicemari bahan kimia Asid Maleic.

Walaupun produk makanan itu tidak diimport ke Malaysia namun sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan telah menggantung pengimportan produk makanan berkenaan.

Kementerian Kesihatan menerusi kenyataan media memaklumkan empat produk itu Green Tea Tapioca Ball, Yam Tapioca Ball, Vegetarian Instant Rice Noodle dan Rice Noodle With Thick Soup.

Ini menjadikan jumlah produk makanan yang digantung pengimportannya sehingga kini adalah 15.

Kementerian Kesihatan pada masa sama sedang memantau rapi produk makanan yang diimport dari Taiwan di pasaran tempatan.

Kementerian itu pada masa sama sedang memantau rapi produk makanan yang diimport dari Taiwan di pasaran tempatan.

Orang ramai yang ingin memperoleh maklumat lanjut mengenainya boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian atau laman web di bawah:

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan
– 03-88833652/ 88833653

UTAMA4 Lagi Makanan Import Taiwan Dicemari Bahan Kimia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium