40,000 Polis Bertugas Semasa Aidilfitri - pakdin.my

40,000 pegawai dan anggota polis di seluruh negara dikerah bertugas di sepanjang musim Aidilfitri bagi menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata jumlah yang bertugas pada kali ini ditingkatkan berbanding tahun lalu bagi menghadapi sebarang kemungkinan ancaman kumpulan militan Daesh.

Menurutnya lagi, 8,000 pegawai dan anggota polis trafik tidak dibenarkan bercuti.

“Selain itu, jumlah pegawai dan anggota polis yang bertugas di perbatasan negara ketika perayaan juga dipertingkatkan dan diperketatkan kawalannya.

“Polis sentiasa bersiap-siaga dengan pelbagai ancaman terutamanya Daesh dan mana-mana kumpulan pengganas daripada menceroboh masuk sempadan negara ini,” kata Khalid selepas menyampaikan sumbangan bungkusan kuih raya Polis Diraja Malaysia 2017 di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman, Khamis.

Mengenai perkembangan siasatan kes kematian penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, Khalid berkata kes berkenaan masih dalam siasatan.

“Kami masih belum selesai mengambil beberapa keterangan suspek serta saksi yang akan dipanggil bagi membantu siasatan kes ini.

“Sebarang perkembangan terbaru mengenai kes itu kami akan maklumkan dari semasa ke semasa jadi tunggulah,” katanya

Terdahulu, Khalid menyerahkan 3,864 bungkusan kuih raya untuk diagihkan kepada warga PDRM yang akan bertugas pada Aidilfitri nanti.

UTAMAPOLITIK40,000 Polis Bertugas Semasa Aidilfitri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium