50 rumah di perkampungan air Kampung Pondo, Pulau Gaya terbakar - pakdin.my

kampong-air-pulau-gaya-terbakar

KOTA KINABALU – Kira-kira 50 buah rumah yang terletak di perkampungan air Kampung Pondo, Pulau Gaya di sini musnah dalam kebakaran sebentar tadi.

Pengerusi Komuniti 1 Malaysia Pulau Gaya, Kansi Abdullah ketika dihubungi Kosmo! berkata, kejadian dikatakan berlaku pada pukul 12.40 tengah hari.

Menurutnya, sebanyak lima letupan tong gas turut kedengaran sepanjang kebakaran itu.

Sementara itu, jurucakap bomba ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 12.49 tengah hari.

“Usaha memadamkan kebakaran sedang giat dilakukan pihak kami,” katanya.

UTAMA50 rumah di perkampungan air Kampung Pondo, Pulau Gaya terbakar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium