584 komputer judi dilupuskan di Kuala Kubu Bharu

KUALA KUBU BHARU: Sejumlah 584 set komputer yang dirampas dalam operasi membanteras kegiatan perjudian atas talian sepanjang 2015 dilupuskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di sini, pagi tadi.

Set komputer itu dimusnahkan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, Zulhelmy Hasan bersama Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam.

Supramaniam berkata, rampasan itu membabitkan 37 kes tangkapan yang semuanya sudah dituduh di mahkamah.

“Semua 584 set komputer ini digunakan untuk aktiviti perjudian dalam talian yang berlaku di sekitar Hulu Selangor.

“Hari ini kita lupuskan semuanya di hadapan hakim,” katanya.

Beliau berkata, tindakan pelupusan dilakukan sebagai bukti serius polis dalam membanteras kegiatan perjudian online termasuk gejala sosial.

20161026-komputer-judi-kuala-kubu-bharu

19 Replies to “584 komputer judi dilupuskan di Kuala Kubu Bharu

Leave a Reply