70 Keluarga Dipindahkan Di Hulu Bernam Akibat Banjir (video) - pakdin.my

banjir-hulu-bernam-2
Keadaan banjir di Kampung Lalang, Sungai Selisek

HULU SELANGOR: Sebanyak 70 buah keluarga di tiga kawasan di Hulu Bernam, Selangor terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan berikutan banjir kilat yang melanda sejak 6.30 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harun berkata kawasan yang terlibat ialah Kampung Hassan, Kampung Seri Geriang dan Kampung Lalang.

“Bomba menerima panggilan kira-kira pukul 8.55 malam dan ketika tiba di lokasi, didapati air setinggi 0.6 meter.

“Kesemua mangsa yang terlibat telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara iaitu di Sekolah Rendah Kebangsaan Hulu Bernam dan Masjid Kampung Gesir Tengah,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Sani berkata mangsa dari Kampung Hassan dan Kampung Seri Geriang melibatkan 50 buah keluarga ditempatkan di Sekolah Rendah Kebangsaan Hulu Bernam manakala 20 buah keluarga dari Kampung Lalang ditempatkan di Masjid Kampung Gesir Tengah.

banjir-hulu-bernam
ADUN Batang Kali Mat Nadzari turut membantu pemindahan mangsa banjir

“Seorang mangsa yang mengalami sakit lumpuh sudah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bahru untuk menerima rawatan,” katanya.

 

UTAMABERITA70 Keluarga Dipindahkan Di Hulu Bernam Akibat Banjir (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium