85,000 Pengunjung Hadir Rumah Terbuka @NajibRazak - pakdin.my

najib-raya-2013-1 najib-raya-2013-2

Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri-menteri kabinetnya menyambut kira-kira 85,000 pengunjung tempatan dan asing ke Rumah Terbuka Aidilfitri yang diadakan di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana di sini hari Khamis.

Majlis yang bermula pukul 11 pagi menyaksikan orang ramai dengan penuh sabar beratur sejak 8 pagi.

Ia berakhir pada pukul 4 petang.

Berbaju biru, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menyambut para tetamu dan bersalaman dengan mereka.

Ini merupakan acara rumah terbuka kali kelima yang dianjurkan perdana menteri dan menteri-menteri kabinet di Seri Perdana.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, beliau berkata beliau gembira melihat begitu ramai yang datang ke majlis tersebut.

“Pada awalnya diumumkan kita mempunyai kira-kira 70,000 pengunjung. Sekarang saya lihat ramai lagi yang masih beratur di bawah khemah. Ia akan mencecah lebih dari 80,000 orang,” katanya.

Najib berkata acara tahunan di Seri Perdana mendapat sokongan hebat dari rakyat dan menunjukkan contoh baik dalam kerjasama berpasukan.

“Ia bukan sahaja saya dan isteri saya yang berdiri bersalaman dengan rakyat. Terdapat juga timbalan saya (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan isteri beliau (Puan Sri Noorainee Abdul Rahman), menteri-menteri kabinet saya. Kami bergilir-gilir berdiri dan menyambut tetamu,” katanya.

Menyifatkan rumah terbuka sebagai konsep yang sangat baik, Najib berkata ia membawa rakyat dan pemimpin bertambah erat dan menyumbang kepada pengukuhan perpaduan.

“Tidak ada perbezaan antara pemimpin dan rakyat. Bila kita mengadakan rumah terbuka, rakyat dari segenap kehidupan akan menghadirinya dalam pakaian terbaik mereka atau sesuatu yang mereka merasa selesa.

“Perkara paling penting bukan apa yang kita pakai tetapi peluang untuk merayakan Hari Raya dengan semangat rakyat Malaysia di bawah konsep 1Malaysia,” tambah beliau.

UTAMABERITA85,000 Pengunjung Hadir Rumah Terbuka @NajibRazak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium