4 Ogos 2012 MH704-Anwar Terbang Ke Manila Muktamadkan Perjanjian Dengan Nur Misuari: RPK #LahadDatu - pakdin.my

On 16th July 2012, Opposition Leader Anwar Ibrahim flew to Jakarta to meet Nur Misuari — who is very close to Anwar since the days when Anwar was in the government — and the military commanders of the MNLF. The meeting was held in the Crowne Plaza Jakarta hotel and was arranged by an Indonesian Member of Parliament — another close friend of Anwar — at the behest of Anwar. A second meeting was held in Manila on 4th August 2012 to finalise and seal the agreement. Raja Petra Kamarudin

Anwar & Misuari
Anwar & Misuari
Tujuan Anwar
Mahu menang PRU-13. Di Semenanjung Anwar yakin boleh menang antara 82-85 daripada 165 kerus; namun bagi Sabah dan Sarawak yang mempunyai 57 kerusi Anwar perlu sekurang-kurangnya 30, untuk membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah. Menurut Anwar, pertambahan kerusi PR akan berlaku selepas itu, melalui melompatnya para MP Bn.
Disebabkan Anwar sukar mendapat kerusi yang diinginkan, maka bantuan Nur Misuari diperlukan untuk mempengarui pengundi asal Filipina yang telah menjadi warganegara dan boleh mengundi.
Keuntungan Bagi Nur Misuari
Disebabkan Sabah dan Sarawak akan diberikan kuasa autonomi dan pertambahan bayaran royalti minyak sebanyak 15% daripada 5%, maka kedua negeri itu mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM4bilion setahun hanya daripada minyak; ertinya peluang pekerjaan akan banyak.
Rakyat Filipina yang menyokong Nur Misuari akan diberikan kerakyatan, atau sekurang-kurangnya penduduk tetap, sehingga memudahkan mereka berkerja.
Bagimana Perjanjian Ini Dimuktamadkan?
Anwar berlepas ke Jakarta pada 16 Julai dan pada 17 Julai 2012  berjumpa dengan Nur Misuari di Hotel Crown Plaza atas aturcara seorang ahli Permasyuarat Rakyat Indonesia (MPR) kawan rapat Anwar.
Kemudian Anwar berlepas ke Manila pada 4 ogos 2012 dengan menaiki pesawat MAS MH704 untuk memuktamdkan perjanjian.
Laporan Yang Menyokong Perjanjian ini
Penasihat Kiram Saycon mengakui bahawa sebenarnya rancangan menduduki Sabah bermula sejak ogos 2012, namun dilambatkan dan disesuaikan dengan pembubaran Parlimen Malaysia.
Menurut risikan Anwar, Parlimen Malaysia akan dibubarkan pada 28 Februari, dan PRU-13 akan berlangsung dua minggu kemudian, iaitu antara 23-24 Mac sempena cuti sekolah.
Atas sebab itu perancangan rapi bermula sejak Januari sehinggalah ke minggu pertama bulan Februari. Para pengikut Nur Misuari yang menggunakan Nama Jamalul Kiram III menyusup ke Sabah secara berperingkat, dan menjadikan Semporna sebagai Markas utama mereka.
Para pengikut Nur Misuari/ Jamalul kiram III menyusuan perancangan termasuk membeli sembilan buah rumah di Kg Sri Jaya Simunul, dan turut membina pondok di Kg Tanduo, Tanjing Labian dan Tanjung Batu.
Pada 9 Februari, satu kumpulan seramai 234 askar upahan yang diketuai oleh komander MNLF Jeneral Hadji Musa Abdulla dan Lt Col Ernsto Sambas berlepas ke Lahad Datu dengan menaiki dua kompit. Setibanya mereka di Lahad Datu, mereka berpecah tiga, sebahagian menceroboh Kg Tanduo, sebahagian ke Semporna dan sebahagian lagi berselerakan.
Perancangan mengganas pada masa Pilihanraya Got Sour
Perancangan awal kumpulan pengganas ini adalah melakukan keganasan semasa pilihanraya berlangsung; termasuk menculik dan membunuh. Tujuannya agar keadaan darurat diistiharkan di Sabah. Apabila darurat diistiharkan, maka pilihanraya terpaksa ditangguhkan.
Namun, disebabkan kehadiran mereka dikesan oleh pasukan keselamatan akibat laporan penduduk, maka lokasi di mana mereka berkampung iatu kg Tanduo dikepong oleh pasukan polis. Berlakulah perundingan selama 23 hari selepas 4kali tertangguh.
Pada mula, dalam perundingan itu, penceroboh tidak menunjukkan keganasan, mereka menyatakan bahawa mereka datang untuk memuktamadkan satu perjanjian dengan seseorang pemimpin berprofile tinggi daripada pembangkang.
Penceroboh pada mulanya akur untuk meninggalkan bumi Sabah, namun sebelum mereka berbuat demikian, mereka ingin menemui pimimpin pembangkang itu.
Salah seorang yang terlibat dalam perundingan awal untuk menamatkan pencerobohan adalah anak Esmail Dalus Kiram- Datu Piah E Kiram- yang kini sedang diburu pasukan keselamatan negara.
Semasa dalam perundingan, berlaku perpecahan dalam kumpulan itu, ada yang mahu menyerah kerana merasa tertipu, sebaliknya mereka yang mempunyai niat mengganas mempertahankan tindakan pencerbohan mereka.
Atas sebab itu, semasa dalam perundingan antara 21-28 Februari berlaku beberapa tembakan daripada arah penceroboh berkampung- rupanya pemimpin kumpulan itu mengarahkan menembak sesiapa sahaja yang mahu membelot.
Khabarnya, Agbimuddin adalah salah seorang yang mahu menyerah diri, atas sebab itu, dia ditembak mati dan dikubur di satu tempat di Kg Tanduo oleh pengikut setianya.
Disebabkan perbalahan dalam kumpulan itu sukar sudah dikawal, maka pada 1Mac di awal pagi jumaat mereka melakukan taktik kotor dengan menembak curi menggunakan penembak tepat mereka dan berjaya membunuh dua anggota komando 69 PDRM. Untuk mempertahankan diri, komando 69 melepaskan tembakan dan berjaya menembak mati 12 pengganas (kemudin 15) termasuk Jeneral Haji Musa Abdulla.
Akibat kematian anggota kumpulan mereka di Kg Tanduo, maka kumpulan yang diketuai oleh Datu Piah  dan Datu Herman Kalong atau Datu Amir Bahar yang bersarang di Kg Sri Jaya Simunul “appear in public” dan sebab itu, sepasukan anggota polis seramai 57 orang yang diketuai Supt Ibrahim Lebar berlepas ke kg Sri Jaya Simunul pada petang 2 Mac.
Pengganas mengesan kehadiran pasukan polis, dan mereka bersembunyi di sembilan buah rumah yang mereka beli sebelumnya.
Pada sebuah titi kayu dimana pasukan polis meniti, mereka diserang hendap di waktu magrib menyebabkan 8 anggota terkorban. Dalam pertempuran itu juga, 5 pengganas mati dan seorang mati hari berikutnya dibelasah penduduk Kg Senallang Semporna. Ironinya, pengganas yang dibelasah itu, adalah Imam yang mereka kenali lebih 10 tahun lalu, dan namanya ada Imam Rashid.
Tujuan sepasukan polis ke Kg Sri Jaya Simunul adalah menari “Romy” kemudian dikenali sebagai Pegawai pemerintah Sulu yang ditangkap pada Sabtu (Datu Amir @Datu Bahang).
Pencerobohan Yang membawa kepada situasi Perang
Walaupun berlaku tembak menembak pada 1 dan 2 Mac dan mengorbankan 8 anggota polis dan  mautnya 21 pengganas, kerajaan masih memberi peluang kepada peneroboh itu untuk menyerah diri dan meletakan semua senjata. Namun tawaran kerajaan itu tidak diindahkan.
Ops Sulu/OPs Daulat
Pada 5 Mac pasukan keselamatan melancarkan OPs Daulat dengan berskala besar yang berlarutan sehingga kini.
Seramai 68 pengganas Maut, 108 ditahan melalui SOSMA dan 8 diantaranya telah dihadapkan ke Mahamah, 256 ditahan kerana berbagai kesalahan.
Siapa Dalang?
Berbagai laporan terutama daripada Manila, mengarah kepada Anwar Ibrahim merupakan dalang kepada penerobohan ini, dengan mempergunakan Nur Misuari, Nur Misuari pula mempergunakan Jamalul Kiram III yang mengaku Sultan Sulu.
Rancangan Dalang Yang Gagal 
Rancangan Dalang untuk menimbulkan huru hara semasa pilihanraya ke-13 gagal.
Kini sokongan rakyat tempatan yang mempunyai pertalian darah dengan Filipina bukan sahaja marah terhadap tindakan itu, malah telah berikar akan berdiri di belakang kerajaan.
Sementara itu penduduk tempatan yang tidak mempunyai talian darah dengan Filipina melihat bahawa pemimpin pembangkang yang mereka sokong rupanya mempunyai muslihat tertentu dan akan membawa lebih banyak mudarat daripada kebaikan melalui Janji memberi autonomi kepada Sabah dan Sarawak. – http://musramrakunman.blogspot.com
autonomy sabah ANWAR
UTAMABERITA4 Ogos 2012 MH704-Anwar Terbang Ke Manila Muktamadkan Perjanjian Dengan Nur Misuari:...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium