mh370-oil-spill-400

Maklumat yang diperolehi setakat ini oleh orang awam:

  • Pesawat Berlepas dari KLIA ke Beijing jam 00.41 pagi
  • Pesawat putus hubungan pada jam 02.40 pagi
  • Tiada panggilan kecemasan
  • Lokasi terakhir yang dikesan 120 batu nutika dari Kota Bharu.
  • Putus hubungan ketika berada pada ketinggian 35,000 kaki.
  • Keadaan cuaca di lokasi terakhir pewawt dalam keadaan baik.
  • Khabar angin mengatakan pesawat mendarat di Nanming –disahkan tidah benar
  • Khabar angin bahawa pesawat mungkin mengalami bencana tidak dapat diterima kerana tiada amaran atau panggilan kecemasan dari Juruterbang
  • Maklumat kononnya Vietnam telah menemui isyarat kecemasan pesawat –disahkan tidah benar
  • Kapal tentera laut Cina menyertai operasi mencari dan menyelamat
  • Tentera laut Vietnam mengesahkan bahawa pesawat terhempas ke dalam laut berhampiran Pulau Tho Chu
  • 14:30 Sidang Akhbar: Tiada bangkai pesawat ditemui serta tiada  pengesahan nahas dilaut Hishammudin
  • 14:30 Sidang Akhbar: Tentera Laut Malaysia digerakkan untuk membantu dalam mencari dan menyelamat.
  • 14:30 Sidang Akhbar: Semua Lapangan Terbang Malaysia beroperasi seperti biasa seperti dijadualkan.
  • 16:30 Angkatan Tentera Filipina (AFP) telah menyertai operasi mencari dan menyelamat.
  • 08:50 Tumpahan minyak sepanjang 12 batu dilihat antara sempadan Malaysia dan Vietnam, tanda awal kemungkinan kawasan MH370 hilang di laut – Vietnam Civil Aviation

Malaysia Airlines telah mengesahkan bahawa penerbangan MH370 dalam perjalanan ke Beijing telah terputus hubungan dengan pengawal trafik udara di 2:40 pagi ini.

Penerbangan 0:41 yang meninggalkan KLIA dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi.

Pesawat B777-200 itu membawa 227 penumpang termasuk dua bayi, dan 12 anak kapal.

Malaysia Airlines telah mengesahkan bahawa pihak berkuasa telah mengaktifkan satu prosedur mencari dan menyelamat untuk pesawat yang hilang.