Peguam terbaik negara ditahan supaya beliau tutup mulut - pakdin.my

Pagi tadi peguam terkenal, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah ditangkap dan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan yang dikaitkan dengan 1MDB.

Beliau ditangkap selepas membuat kenyataan pada akhbar mengenai tuduhan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim ke atasnya mengenai duit yang diterima daripada DS Najib semasa beliau mengetuai kes Liwat2.

Muhammad Shafee berkata pembayaran itu adalah “lawyer fee” dan setiap peguam lain pun layak untuk mendapat bayaran guaman yang sepatutnya diterima setelah menjalankan tugas guaman.

Beliau juga berkata Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri juga masih berhutang “lawyer fee” kepadanya ketika melakukan tugas guaman untuk UMNO/ Barisan Nasional pada ketika itu. Bayaran RM9.5juta itu adalah hanya sebahagian daripada jumlah RM20Juta yang sepatutnya beliau dapat daripada UMNO/BN.

Bekiau juga mendedahkan Tun Mahathir juga terlibat dalam usaha memilih beliau untuk mengetuai pihak pendakwaan dalam kes Liwat2 terhadap Anwar Ibrahim.
BACA sini: ‘Mahathir desak Najib lantik saya sebagai pendakwa raya kes Anwar kerana tidak yakin dengan Pejabat Peguam Negara’ – Shafee Abdullah
https://pakdin.my/?p=78448

Selepas beberapa hari Muhammad Shafee membuat kenyataan tersebut, hari ini beliau terus ditangkap dan dibawa ke mahkamah.

Muhammad Shafee dituduh atas dua pertuduhan. Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Muhammad Shafee didakwa telah melibatkan diri dengan pengubahan wang haram iaitu dengan menerima hasil daripada aktiviti haram, masing-masing berjumlah RM4.3 juta dan RM5.2 juta melalui dua keping cek AmIslamic Bank Berhad milik Mohd Najib Hj Abd Razak yang telah dimasukkan ke dalam dua akaun CIMB Bank Berhad milik beliau.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta dan penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut dua pertuduhan berkaitan Akta Cukai, tertuduh didakwa melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada akitiviti haram iaitu dengan membuat suatu penyata yang tidak betul yang bertentangan dengan Perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi Tahun Kewangan berakhir pada 31 Disember, 2013.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan dan peguam kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pendakwaan yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Baharin Omar, Ahmad Akram Gharib, dan Afzainizam Abdul Aziz.

Muhammad Shafee, 66, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan tersebut.

Seorang pemerhati politik berkata tujuan penangkapan peguam yang terkenal ini mungkin dibuat untuk menutup mulut Shafee dan juga bertujuan untuk memberi amaran dan menanam ketakutan kepada petugas keadilan, peguam dan Hakim yang memihak atau bekerja dengan pembangkang.

Muhammad Shafee diwakili peguam Harvinder Singh, Chetan Jethwani, Datuk Hasnal Rezua Merican, Sarah Abishegan, Rahmat Hazlan dan Muhammad Farhan Muhammad Shafee.

………….

Kenapa Mahathir dan Matthias masih membisu dengan pendedahan Shafee Abdullah?
https://pakdin.my/?p=78568

Pendedahan Shafee Abdullah bukti Mahathir campuri urusan negara
https://pakdin.my/?p=78586

https://pakdin.my/tag/shafee-abdullah/

UTAMAPOLITIKPeguam terbaik negara ditahan supaya beliau tutup mulut

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium