Adalah lebih baik PAS keluar dari Pakatan Pembangkang – Hanipa - pakdin.my

muktamar-pas-2015-hanipa-maidin-kena-boo

Lebih baik PAS keluar daripada PR, tegas bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hanipa Maidin.

Jelasnya, tindakan tersebut adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut di antara DAP dan parti Islam itu yang dilihat mendatangkan ‘bala besar’ buat pentadbiran negeri Selangor.

“Pimpinan baru kena konsisten dan kena ada prinsip, keluar daripada Pakatan dan PAS lebih baik berseorangan.

“Saya yakin PAS mampu berdiri seorang diri tanpa parti gabungan PKR dan DAP,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kontroversi yang berlaku apabila Pengerusi DAP Selangor, Tony Phua memberi kata dua kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali untuk memilih DAP atau PAS bagi mentadbir negeri terkaya tersebut.

Susulan daripada itu, Azmin kemudiannya tidak membuat sebarang keputusan, sebaliknya memberi amaran kepada kedua-dua parti itu supaya tidak melibatkan dirinya daripada permainan politik yang bersifat kebudak-budakan.

Mengulas lanjut, Hanipa turut berkata langkah PAS keluar daripada PR akan memudahkan pimpinan baharu PAS Pusat selepas ini untuk membuat sebarang keputusan yang tidak terikat lagi dengan kerangka PR.

“Pimpinan baru sepatutnya tak ada masalah untuk membuat sebarang keputusan tapi kalau dalam Pakatan, masalah ini mungkin akan berlaku, sebab itu saya kata PAS kena konsisten keluar daripada Pakatan,” tegasnya lagi.

Berhubung kerjasama tiga parti gabungan itu di Selangor, Hanipa yang juga ahli parlimen Sepang menjelaskan adalah lebih baik PAS menyerahkan pentadbiran itu kepada Selangor dan PAS hanya membantu pada perkara yang perlu sahaja.

“Untuk Selangor, biar PAS keluar daripada Pakatan, biar DAP dan PKR yang mentadbir Selangor dan PAS hanya bersama sebagai kerajaan Pakatan, kalau tak berani buat keputusan drastik sebegini, saya bimbang orang akan pertikaikan prinsip PAS nanti,” ujarnya.

UTAMAPOLITIKAdalah lebih baik PAS keluar dari Pakatan Pembangkang - Hanipa

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium