Adam Adli dipenjara 12 bulan - pakdin.my

Adam Adli (kanan) yang merupakan wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyampaikan ucapan di hadapan peserta di Masjid Ar-Rahman dekat Universiti Malaya (UM).

Aktivis pembangkang, Adam Adli dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi selepas didapati bersalah memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah di sebuah dewan, Mei tahun lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Adam yang juga bekas penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara tidak sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara jam 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.

UTAMABERITAAdam Adli dipenjara 12 bulan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium