Adam Rosly hadapi 6 tuduhan

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pagi ini atas enam pertuduhan memberi pernyataan palsu dan menggemukakan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Februari lalu.

Bagaimanapun, Adam Rosly, 30, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail.

Ahli perniagaan itu menghadapi dua pertuduhan memberi pernyataan palsu mengikut Seksyen 32 (8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sementara itu, empat pertuduhan iaitu mengemukakan dokumen palsu dikemukakan mengikut Seksyen 89 akta sama yang kedua-duanya memperuntukkan hukuman denda sehingga RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Ibu pejabat SPRM di blok D6, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini antara 10 Februari dan 22 Februari lalu.

24 Replies to “Adam Rosly hadapi 6 tuduhan

  1. Bila Adam Rosli dan LGE di dakwa habis walaun Pigs dan Macai UMNO meroyan dan tuduh secara pukal parti. Kononnya mereka diri sendiri bersih dari rasuah bila tidak didakwa. Sedangkan kuasa pendakwaan ada kepada Najib, lihat Najib songlap 1MDB sampai sekarang tak didakwa kenapa? Siasatan pun dibekukan. Terhegeh2 nak siasat skandal forex pula???

    Adakah Najib tak mencuri? Tak songlap wang rakyat? Hadi tak makan dedak? Ya Najib bersih kerana Hadi minta 4saksi. (Gilakan?) Lihat contoh ke2. Dedak 90Juta, Ust Nasha tidak didakwa. Hadi tak didakwa, sedangkan yang saman pun takut, nk buat SD pun tak berani, istihar harta tiada dalam quran jawab walaun mereka.. tak mahu saman ke bila tuduhan kepada Parti?

    Bila kita tak halang nak siasat Adam Rosly pun ada masalah kpd walaun dan macai.. huhu

Leave a Reply