Agbimuddin Kiram Penceroboh Lahad Datu Meninggal Dunia - pakdin.my

agbimuddin-kiram

Ketua pengganas yang mengetuai insiden pencerobohan di Sabah tahun lalu, Agbimuddin Kiram meninggal dunia pada Selasa akibat serangan jantung, lapor portal berita Filipina, Rappler.

Memetik laporan tersebut, Agbimuddin yang mendakwa diri sebagai ‘Raja Muda Kesultanan Sulu’ itu telah meninggal di kediamannya di Barangay Tubig Indangan di pekan Simunul, Tawi-Tawi.

Sebelum itu pada 30 Oktober 2013, ayahnya Jamalul Kiram III turut meninggal dunia kerana masalah jantung dan buah pinggang.

Pada 9 Februari 2013, sebuah kumpulan penceroboh telah memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Bermula dengan insiden pencerobohan itu, kawasan tersebut kemudian menjadi medan pertempuran antara pasukan keselamatan negara dan penceroboh Sulu, yang melarat ke beberapa kampung hinggalah ke perkampungan air Sri Jaya Simunul.

Ia berikutan desakan dari Jamalul yang mengaku sebagai Waris Kesultanan Sulu dalam usahanya menuntut hak kedaulatan ke atas Sabah.

Agbimuddin mengetuai insiden pencerobohan itu bersama kira-kira 200 militan bersenjata dari selatan Filipina yang menyaksikan 63 militan terbunuh, manakala di pihak Malaysia 10 anggota keselamatan gugur.

Susulan itu, kerajaan telah menubuhkan kawasan keselamatan khas sepanjang 1,400 kilometer di pantai timur Sabah yang dinamakan dikenali sebagai Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Ia diwujudkan khusus bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini.

Selain itu, Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) juga diwujudkan yang merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/ketua-penceroboh-lahad-datu-agbimuddin-kiram-meninggal-dunia-52136?cp

UTAMABERITAAgbimuddin Kiram Penceroboh Lahad Datu Meninggal Dunia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium