Agenda DAP dekati ahli UMNO semata-mata mahu jatuhkan Najib - pakdin.my

najib-dap-umno

DAP yang khuatir dengan perpaduan di dalam kepimpinan UMNO selepas Perhimpunan Agung parti minggu lalu dan kemungkinan PAS menyambut pelawaan silaturahim Datuk Seri Najib Tun Razak terus menyerang Perdana Menteri.

Ia mungkin kerana DAP bimbang perpaduan UMNO dan PAS bakal menghalang pembangkang terus gagal menawan Putrajaya menyebabkan Lim Kit Siang cuba memecahbelahkan UMNO pula.

Terbaru, beliau mahu ahli-ahli parlimen pembangkang mendekati akar umbi UMNO bagi memburukkan Najib supaya membenci Najib yang juga presiden parti dengan isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion.

Menurut Kit Siang, Najib menjadi lebih kuat selepas berakhirnya perhimpunan agung UMNO baru-baru ini “tetapi UMNO menjadi lebih lemah”.

“Kita perlu mendekati 3 juta (ahli UMNO) itu supaya mereka memahami. Ini bukan tentang menyelamatkan UMNO atau PAS, atau menyelamatkan seorang individu.

“Tetapi ini adalah tentang menyelamatkan negara,” kata Kit Siang pada majlis mengumpul dana Parti Amanah Negara (Amanah) di Taiping malam tadi seperti dilaporkan Malaysian Insider..

Ahli Parlimen Gelang Patah itu mendakwa Najib boleh mendapatkan 300 atau 400 cawangan UMNO dari Pahang menyokong beliau, tetapi tidak semua 21,000 cawangan dan 3 juta ahlinya di seluruh negara akan menyokongnya.

Jelas sekali, tindakan Kit Siang itu kerana semakin gusar apabila UMNO yang berjaya memenangi 80 kerusi Parlimen pada PRU 13 semakin kuat dan akan menyekat impian pembangkang untuk menawan Putrajaya.

Malah, Kit Siang dalam majlis sama mengakui matlamat pembangkang untuk menang sekurang-kurangnya 6 negeri selain Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau tahu dengan kebangkitan UMNO dan Najib yang terus diterima ahli-ahli parti dan rakyat, akan membolehkan Barisan Nasional termasuk UMNO memenangi lebih banyak kerusi pada PRU 14.

Sudah tentu gesaan Kit Siang supaya ahli-ahli parlimen pembangkang menyusup kepada akar umbi UMNO lebih kepada untuk menyebar fitnah dan adu domba supaya membenci dan menolak kepimpinan Najib.

Sebenarnya, pembangkang tidak pernah berhenti untuk menjatuhkan kerajaan dengan apa cara sekali pun.

Kit Siang sendiri berkata, penggantungan beliau daripada Parlimen selama 6 bulan mempunyai rahmat kerana mempunyai lebih banyak masa berjumpa rakyat.

Katanya, beliau berjaya membuat lawatan ke 45 kawasan Parlimen dan mengetengahkan isu nasional seperti dana RM2.6 bilion kepada Najib dan 1MDB.

Beliau mendakwa Najib berasa tidak selamat dan dengan itu terpaksa memperkenalkan rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang memberikan sebuah majlis diketuai perdana menteri, kuasa mengisytiharkan kawasan keselamatan dan mengarahkan tangkapan, carian dan rampasan di kawasan itu tanpa waran.

Semua ini menunjukkan betapa terdesak pembangkang yang semakin mengecil selepas PAS tidak menyertai Pakatan Harapan dan menamatkan kerjasama politik dengan DAP.

Hakikat ini diakui sendiri Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli bahawa pembangkang sukar menawan Putrajaya tanpa penyertaan PAS.

Maka Kit Siang tentu berharap BN akan lemah dengan cara memecahbelahkan kesetian ahli-ahli UMNO terhadap Najib.

Inilah harus diawasi pemimpin dan ahli-ahli UMNO.

UTAMAPOLITIKAgenda DAP dekati ahli UMNO semata-mata mahu jatuhkan Najib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium