Agensi Kerajaan A.S. Ditutup - pakdin.my

Agensi Kerajaan A.S. Ditutup

Sebahagian Agensi Kerajaan Persekutuan di Amerika Syarikat ditutup buat kali pertama dalam tempoh 17 tahun.

Perkembangan terbaharu di negara Uncle Sam itu menyebabkan lebih 800,000 kakitangan awam tidak akan dibayar gaji.

Sementara bagi yang masih bekerja, gaji akan dibayar lewat.

Antara agensi kerajaan yang teruk dihimpit kemelut ekonomi ini ialah Pentadbiran Penerbangan Persekutuan yang membabitkan hampir 3,000 kakitangan.

Begitu juga petugas Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan.

Hampir semua Pejabat Nasa juga ditutup kecuali bahagian kawalan misi di Houston.

Turut ditutup, Muzium Smithsonian dan Zoo Negara.

Semua ini berikutan kedegilan ahli Kongres Republikan untuk meluluskan rang undang-undang belanjawan jangka pendek bagi membolehkan dana kerajaan berterusan sehingga 15 November depan.

Selepas gagal berkompromi, Presiden Barack Obama mendesak kedua-dua pihak agar bertindak secara lebih bertanggungjawab.

 

UTAMADUNIAAgensi Kerajaan A.S. Ditutup

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium