Ahli Parlimen tiada hak ganggu ucapan PM #Bajet2017 - pakdin.my

Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan ahli Parlimen perlu bersikap profesional, terutama ketika berada dalam pembentangan Bajet.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, kekecohan yang berlaku ketika mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2017 tidak sepatutnya terjadi kerana ia merupakan masa dan ruang yang diperuntukkan khusus kepada perdana menteri.

Dalam masa yang sama katanya, Yang Di Pertua Dewan telah berusaha bersungguh-sungguh membawa penambahbaikan dalam perjalanan Dewan agar lebih mulia dan dihormati.

“Pembentangan Bajet adalah hari besar untuk negara dan rakyat. Ia adalah hari dan masa khas untuk Perdana Menteri berucap membentangkan Bajet.

“Tiada hak untuk mana-mana ahli parlimen mengganggu ucapan beliau yang penting itu walaupun wujud sindiran dan kecaman olehnya terhadap pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan ahli Parlimen pembangkang mengganggu ucapan Perdana Menteri dan bertindak keluar Dewan ketika ucapan bajet sedang berlangsung.

Tindakan itu bagaimanapun tidak dituruti oleh Ahli Parlimen Pas.

Sehubungan dengan itu, Nik Abduh mahu wakil rakyat yang diberikan peluang untuk membahaskan Bajet itu nanti menggunakan kesempatan yang diberikan dengan baik tanpa perlakuan tidak profesional.

“Saya harap ia digunakan sebaik-baiknya oleh semua ahli parlimen tanpa membazirkan masa dengan perlakuan yang tidak profesional yang hujungnya mematikan masa dan peluang ahli-ahli parlimen yang di giliran akhir mengambil bahagian perbahasan dengan sempurna,” katanya.

UTAMAPOLITIKAhli Parlimen tiada hak ganggu ucapan PM #Bajet2017

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium