Air mata buaya Mahathir: Alasan mengelak tunai janji PRU

Selepas pilihan raya ini saya rasa sedih. Apalah hendak jadi kepada negara kita nanti.

Dulu habis MAS jahanam sehingga terpaksa Pak Lah dan Najib selamatkan.

Dulu buat tol kenaikan tiga tahun sekali sebanyak 10%. Kalau rugi kerajaan kena bayar. Najib terpaksa minta tolong KWSP beli PLUS untuk elak kerajaan bayar pampasan beratus juta setahun.

Dulu penuh Lembah Klang ni dengan tol. Ikut perjanjian, ada yang sudah RM3 sehala. Terpaksa Najib juga bayar pampasan, struktur semula dan bayar pampasan untuk sesetengah kawasan bagi tutup terus.

Dulu sudah berapa kali kerajaan melindungi Proton sehingga berpuluh tahun menanggung subsidi. Terpaksa Najib cari rakan kongsi strategik yang boleh pulihkan Proton.

Dulu dia dia buat IPP, perjanjian TNB mesti bayar guna atau tidak. Harga lebih tinggi dari pasaran. Menurut Tan Sri Ani Arope (2006) TNB mampu menjana kuasa pada kos 8 sen seunit (kWh), tetapi TNB kena beli dari IPP pada harga 23 sen seunit (kwh).

IPP ini juga mendapat subsidi gas Petronas. Dari 1997-2010, Petronas subsidi gas sebanyak RM49.3 bilion kepada IPP.

Najib Razak juga yang menubuhkan 1MDB dan ambil alih IPP-IPP ini dan menstruktur semula perjanjian. Malangnya, ia tidak sempat berjaya sepenuhnya kerana serangan politik.

Hari ini dia buat air mata buaya konon sukarnya hendak pulihkan negara ini. Dia buat cerita kononnya hutang terlalu besar sehingga sukar hendak tunaikan janji Pakatan Harapan.

Hari ini mereka sudah sebarkan gosip hendak apungkan Petronas.

Sebenarnya Elders Council sibuk bincang apa nak faraid bagi “cover” belanja pilihan raya. Ada orang percaya Daim akan buat kerja percuma atau keluar modal tanpa pulangan?

Tidak payah menipulah. Di bawah Najib Razak belum pernah Kerajaan tidak mampu bayar hutang.

Tak boleh tunai janji letak jawatanlah. Usah buat cerita sedih.

Sandirawa Pakatoon.

Sumber:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10216489157041820&id=1244194023

Rujukan:
http://pakdin.my/tag/pakatan-harapan

104 Replies to “Air mata buaya Mahathir: Alasan mengelak tunai janji PRU

  1. Dia terdiam. Di riak wajahnya ada tanda tanda muram dan sedih yang teramat dalam.

    Dia memejamkan mata, suasana hening dan hiba, lama… lebih dari lima minit tak seorang pun berani membuka mulut.

    Masing-masing terpaku melihat Donald Trump terus memejamkan mata tanpa berkata apa apa. Hanya terlihat bibirnya yang bergerak-gerak menahan pilu yang sangat menguris hatinya.

    Selepas hampir tujuh minit suasana terhenti dan hening, dia membuka mata dan di kelopak mata yang sudah tua dan uzur itu jelas terlihat ada linangan airmata. Kami tidak berani menatap matanya yang tajam. Kami mengalih pandang ke arah lain kerana tak sanggup melihat airmatanya gugur.

    Trump bertanya… sempat tak jumpa Kim Jong Un sebelum raya ni? Sekali lagi suaranya sebak dan pertuturan bahasa New Yorknya semakin pekat.

    John Bolton: Sempat untuk Kim sempat.

    Trump: Untuk produk China dah kira kalu (kalau) nak bagi 20% tarif import?

    John Bolton: Dalam proses Tuan.

    Trump: Awat lambat sangat, pi siap cepat cepat jumpa Kim dan tarif China tu.

    Kemudian semua bangun, aku sempat menoleh kebelakang sebelum berlalu pergi, aku melihat Trump mencarik tisu di atas mejanya mengesap matanya. Mungkinkah Trump menangis lagi??

    Inilah manusia yang kalian hina dan caci dia, tapi kalian tak tahu, sebelah tangannya kena perbaiki kerosakan yang dibuat oleh Obama, sebelah tangannya lagi perlu mengatur langkah untuk menghadapi Xi Jinping, Putin, Kim Jong Un dan Ayatollah.

    Dia pernah melakukan kesilapan, dia akan tebus kembali, beri dia ruang dan peluang, jangan terlalu mendesak, dia tak pernah ambil cuti rehat sejak jadi POTUS, hanya kerana satu sebab, nak lihat rakyat gembira dan Make America Great Again.

  2. Dia menangis sedih ke menangis gembira.dlm hati berbunga hajat tercapai.hanya orang tua yg kenal bagaimana mahathir berpolitik.sanggup minta maaf pada orang yg dibenci dikutok dulu duduk berkumpul dlm satu wadah janji hajat kepentinggan dicapai.sedangkan mereka semua adalah musuk ketat dulu.demi kelangsunggan hajat ketepikan semua.pedulikan yg pernah berjasa pada nya.

  3. Ketika Mahathir dan Najib masih baik dahulu, mereka telah keluar bersama-sama. Lalu mereka singgah di kedai menjual kuih muih.

    Najib dengan selambanya mencuri 3 biji karipap lalu diletakkan di dalam poketnya. Mahathir nampak perbuatan Najib itu.

    “Tahu mencuri sahaja, ” marah Mahathir.

    Najib tersenyum sahaja. “Apa kau boleh buat?”

    “Kau tengok macam mana aku dapatkan karipap, free dan tak perlu mencuri. ” balas Mahathir. 😁😁😁😁

    Lalu Mahathir terus menemui makcik penjual kuih itu dan bertanya samada makcik itu ingin melihat silap mata. Sudah tentulah makcik itu ingin melihatnya.

    Mahathir pun meminta sebiji karipap dan dengan senang hatinya makcik itu memberikannya. Mahathir pun memakan karipap itu. Habis sahaja karipap itu, dimintanya sebiji lagi dan diulangi perbuatan itu sehingga tiga kali. Makcik itu mula berasa sangsi.

    “Mana silap matanya? ” tanya makcik.

    “Cuba makcik periksa di poket budak Najib itu.” bisik Mahathir…😁😁😁

  4. Hehee…ini hanya drama “kesian kan la kami” dari PH….hakikatnya…1. hutang tinggi pun tak apa, asalkan pulangannya ada, dan boleh dibayar balik…2. hatta, kegunaan duit hutang itu penting untuk projek yg baik…bukan kesemua ECRL sebagai contoh…3. kalau 68% dari KDNK, bermakna jumlah KESEMUA hutang negara (semua tahun), masih jauh rendah dan hanya 68% dari hasil negara SETAHUN…ini ok, no issue…..lumrah, contoh: kita hutang rumah rm 1 juta, gaji setahun rm400k, ini bersamaan hutang 250% dari hasil, boleh pulak?

  5. Patut sedih yg ni. SEDAR TAK, BERBILLION2 DUIT RAKYAT DIHABISKAN DI ZAMAN DR MAHATHIR UNTUK SEMUA SYARIKAT2 NI.

    MAMINCO – bangkrap
    MAKUWASA – bangkrap
    PERWAJA – bangkrap
    BMF – bangkrap
    BNM – rugi RM30 billion
    Forex – gagal
    Bank Bumi- rugi
    BAKUN – rugi
    MAS – rugi
    ERL – kerajaan terpaksa bayar kroni Tun
    PKFZ – rugi
    PUTRA LRT – bangkrap
    STAR LRT – bangkrap
    MONOREL – bangkrap
    BAS INTRAKOTA – bangkrap
    SILTERRA – rugi
    JARING – gagal
    MEC ELECTRONIC GAMBANG – bankrap
    MIMOS – gagal
    HICOM – gagal
    EAGLE PLANE
    IPP – rugikan TNB berbilion
    TNB – rugi
    PROTON – rugi
    FIMA Rantei – gagal
    SOGOSHOSHA – gagal
    JUDICIARY – dicemar
    UMNO – diharamkan
    DAYABUMI – gagal
    TIME dotCom – rugi
    KONSORTIUM PERKAPALAN – rugi
    MISC – lingkup
    IWK – rugi
    DASAR PANDANG KE TIMUR- gagal
    PLAZA RAKYAT – terbengkalai
    JB WARWRFRONT CITY – terbengkalai
    KRONISME – berleluasa
    HARGA BARANG – naik
    ARAK- mirzan beli kilang arak san miguel
    RINGGIT – jahanam drpd RM2.20 kpd RM3.80 (vs USD)
    SUKAN KOMANWEL – masih ada yg tak dpt payment
    EKUITI BUMI – naik tak smpai 2% selama 22 tahun
    PIRATISATION – 200 syarikat awam difaraidh kpd kroni, dan anak2 tun
    PENAPIS MINYAK – 22 tahun xda penapis myk sendiri terpaksa import dr sgpore
    SURAT WAHYU – boleh menang tender, loan boleh approve, boleh lari dr penguatkuasa, syarikat RM2 boleh dpt projek

    |SHARE SEBANYAK MUNGKIN|

    1. kebanyakkan syarikat besar bukannya bangkrap sebenarnya… tapi duit dari syarikat telah di jarah/tibai sampai syarikat hadapi masalah kewangan dan bangkrap.. contoh satu kilang roti silverbird (high5) di shah alam pun boleh melingkup akibat tibai duit syarikat… madey ni lah penyamun terbesar sebenarnya.. tapi dia pandai.. kalau syarikat rugi/duit hilang, itu semua salah orang lain.. bukan dia..