AirAsia #QZ8501: Kempen makan ikan terpaksa diadakan susulan penemuan anting-anting dalam perut ikan - pakdin.my

kempen makan ikan Pelabuhan Kumai -

Satu kempen makan ikan dilancarkan di Pelabuhan Kumai, di sini semalam, susulan kebimbangan orang ramai yang takut membeli makanan laut tersebut kerana penemuan sebentuk anting-anting dikhuatiri milik penumpang pesawat Air Asia QZ8501 yang terhempas di Selat Karimata, pada 28 Disember lalu.

Menurut laman web news.detik.com, insiden penemuan anting-an­ting itu membuatkan penjualan ikan di Pangkalan Bun merosot kerana orang ramai menyangka haiwan tersebut mungkin makan mayat penumpang pesawat terbabit.

Kempen dinamakan Gerakan Makan Ikan Bersama Bapak Bupati dan Masyarakat Kotawaringin Barat itu dirasmikan oleh Datuk Bandar Kotawaringin Barat, Kalimantan Tengah, Ujang Iskandar.

“Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa ikan-ikan yang ditangkap di sekitar di perairan kita selamat. Khabar angin menyatakan ikan tersebut juga makan daging penumpang pesawat yang terhempas baru-baru ini adalah tidak benar,” ujar beliau.

Pada majlis tersebut, pelbagai jenis hidangan disediakan daripada 500 kilogram ikan antaranya dibakar atau dijadikan bakso, laksa ikan, ketulan ikan, keropok ikan, dan lain-lain lagi.

kempen makan ikan Pelabuhan Kumai kempen makan ikan Pelabuhan Kumai --

UTAMADUNIAAirAsia #QZ8501: Kempen makan ikan terpaksa diadakan susulan penemuan anting-anting dalam perut...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium