Ali Rustam Antara Empat Angkat Sumpah Senator - pakdin.my

Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara
Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara

Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam adalah antara empat individu yang mengangkat sumpah jawatan sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Tiga lagi ialah Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Batu Datuk Yahaya Mat Ghani, 55, Timbalan Ketua Umno Putrajaya Datuk Khairudin E.S. Abd Samad, 59, dan Ketua Pemuda Umno Gombak Datuk Megat Zulkarnain Omardin, 44.

Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam (tengah) berbual dengan Senator Datuk Yahaya Mat Ghani@Abbas (kanan) dan Senator Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omar Din selepas mengangkat sumpah sebagai Senator Dewan Negara di Dewan Negara di Kuala Lumpur

Kesemua mereka dilantik buat pertama kali untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Mohd Ali, 64, diusul oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka Rabu lepas dan dipersetujui oleh 20 daripada 28 anggota dewan.

Mohd Ali menjadi ketua menteri Melaka selama 13 tahun sehingga pilihan raya umum ke-13 pada Mei lepas.

Pada Ogos lepas beliau dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

Sementara itu, dalam ucapannya pada majlis yang berlangsung di Dewan Negara, Abu Zahar menginggatkan anggota dewan agar berusaha memahami, menghayati, mempertahan dan mendukung Perlembagaan Persekutuan.

Beliau turut menasihati mereka supaya tidak sesekali melanggar dan mengingkari sumpah setia yang telah dilafazkan.

UTAMAPOLITIKAli Rustam Antara Empat Angkat Sumpah Senator

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium