Altel Tandatangani Kontrak Dengan Huawei Bangunkan Infrastruktur 4G - pakdin.my

ALTEL Communications Sdn Bhd
ALTEL Communications Sdn Bhd

ALTEL Communications Sdn Bhd (Altel), Operator Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO – Mobile Virtual Network Operator)  menandatangani kontrak dengan syarikat China, Huawei Technologies dalam pemasangan dan pentauliahan infrastruktur perkhidmatan berkelajuan tinggi generasi keempat (4G) ke seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Altel Nik Abdul Aziz Nik Yaacob berkata, Huawei dipilih sebagai rakan kongsi teknologi untuk penyediaan platform dalam pelancaran perkhidmatan 4G di samping rakan kongsi sedia ada iaitu Celcom Axiata Berhad.

celcom-axiata

Perkongsian ini bakal melihat Huawei menyediakan perkhidmatan tanpa wayar, teras, pengangkutan serta perkhidmatan bil Altel.

“Sebelum ini, Huawei turut menyediakan perkhidmatan perundingan perniagaan dalam membantu Altel membangunkan perkhidmatan mudah alih kompetitif baru, termasuk Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO).

“Kami memahami kerja-kerja perlaksanaan rangkaian 4G bukan satu tugas mudah. Oleh itu, kami akan membina rangkaian radio sendiri dan memanfaatkan rangkaian terluas dan terpantas Celcom di Malaysia, selain melakukan pelaburan berterusan sepanjang tempoh lima tahun yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Altel ialah anak syarikat Puncak Semangat Sdn Bhd, salah satu daripada lapan syarikat yang diberikan lesen telekomunikasi oleh Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia.

Dengan peruntukan spektrum LTE 2600MHz yang diberikan oleh kerajaan, Altel melancarkan produk sulungnya Altel Prepaid, September tahun lalu.

Sehingga kini, Altel memiliki lebih 20,000 pelanggan berdaftar di seluruh negara.

Altel juga menubuhkan 10 kedai di Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang dan Kedah selain melantik lebih 2,500 rakan kongsi perniagaan dan 32 pengedar sah di seluruh Malaysia.

UTAMAGAYA HIDUPAltel Tandatangani Kontrak Dengan Huawei Bangunkan Infrastruktur 4G

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium