Antara Muka Applikasi Facebook Android Yang Baru - pakdin.my

Wajah baru 'antara muka' Facebook untuk Android
Wajah baru ‘antara muka’ Facebook untuk Android

Facebook sedang menguji rombakan terhadap antara muka pengguna (user interface) bagi Applikasi Facebook untuk Android dan versi percubaan Alpha telah di keluarkan kepada pengguna terpilih diseluruh dunia. Antara muka yang mempunyai reka bentuk yang baru, menggunakan sepenuhnya kaedah ‘swipe gestures‘ untuk mengemudi antara garis masa (timeline), mesej dan notifikasi.

Antara muka versi baru kelihatan lebih kemas, reka bentuk yang mendatar. Tiga butang utama, iaitu ‘Status‘, ‘Photo‘ dan ‘Check In‘ semuanya telah dipindahkan ke bahagian bawah bingkai. Butang tersebut sebelum ini terletak dibahagian atas aplikasi, yang dulunya butang ‘Notifications‘ , ‘Messages‘ dan ‘Friend Requests‘. Facebook telah merangkumkan ‘News Feed‘ sebagai butang navigasi keempat, manakala butang ‘Menu‘ juga telah dipindahkan ke butang paling kanan .

Apa yang baru di sini ialah bukan sahaja dengan penempatan semula butang navigasi, tetapi antara muka terkini menyokong isyarat ‘swipe gestures‘, membolehkan anda dengan mudah untuk anda mengemudi diantara ‘News‘, ‘Friend Requests‘, ‘Messages‘, ‘Notifications’ dan ‘Menu‘. Sokongan  ‘swipe gestures‘ menjadikannya ia lebih sejajar dengan perkembangan Android UI, dan menjadikan pengemudian aplikasi yang lebih lancar daripada sebelumnya.

Sudah tentu, seperti semua pengubahsuaian menyeluruh, antara muka baru ini memerlukan sedikit masa untuk kita membiasakan diri. Mungkin sedikit mengelirukan pada mulanya, tetapi selepas beberapa minit anda akan mendapati bahawa semua fungsi dari aplikasi lama masih kekal, tetapi perlu diakses di tempat yang berbeza dalam aplikasi terbaru.

UTAMAGAYA HIDUPAntara Muka Applikasi Facebook Android Yang Baru

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium