Anwar dijangka bebas hari ini - pakdin.my

PKR menjangkakan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan petang ini sementara menunggu kelulusan pengampunan diraja.

Menurut Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution, Anwar dijangka akan dibebaskan dari Hospital Rehabilitasi Cheras, tempat beliau kini menjalani rawatan susulan pembedahan bahu.

“Kita difahamkan apabila Lembaga Pengampunan Diraja memberikan kelulusan, memperakukan syor kebebasan dan pengampunan penuh, pembebasan akan bermula ketika itu.

“Maksudnya bermula dari sinilah (hospital), dia akan dibawa keluar. Itu yang difahamkan. Dia boleh keluar dari sini.

“Kita jangkakan sebelah petang, sebelum kita berhimpun di Petaling Jaya (sebelah malam),” kata Saifuddin kepada media selepas melawat Anwar hari ini di hospital.

PKR sebelum ini mengumumkan akan mengadakan himpunan bermula pukul 5.30 petang di Padang Timur di Petaling Jaya bagi meraikan pembebasan Anwar.

Lembaga Pengampunan akan bermesyuarat esok bagi memutuskan kes Anwar.

Anwar dijangka memberikan ucapan pertamanya sejak tiga tahun pada pukul 11 malam dalam himpunan itu.

Saifuddin menambag, salah satu dokumen penting bagi membantu urusan pengampunan Anwar adalah laporan kesihatan yang menyatakan beliau sihat untuk diluluskan.

Terdahulu, Dr S Jeyaindran yang mengetuai panel perubatan dalam memantau kesihatan Anwar menyatakan keyakinannya berhubung kesihatan Anwar..

“Saya sudah pastikan kesihatannya, bahawa beliau dalam keadaan sihat untuk dibebaskan dengan pengampunan diraja.

“Beliau cukup sihat untuk balik rumah, namun masih perlu datang untuk sesu fisioterapi mengikut jadual yang akan ditentukan oleh panel,” katanya kepada pemberita.

#BebasAnwar
———
https://pakdin.my/tag/anwar-ibrahim
https://pakdin.my/tag/kes-liwat

UTAMAPOLITIKAnwar dijangka bebas hari ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium